00:00Bekas ketua gang Southside Compton Crips, Dwayne Keith Davis, didapati bersalah membunuh legenda rap AS Tupak Shakur.
00:09Keputusan itu dibuat juri di Las Vegas hampir 30 tahun selepas Tupak ditembak pada 1996.
00:16Tupak yang dilahirkan di New York pada 1971 merupakan antara rapper paling terkenal dan berpengaruh di dunia.
00:24Davis, 63 tahun, dituduh merancang serangan terhadap Tupak walaupun bukan beliau yang melepaskan timbakan.
00:31Menurut pendakwa raya, serangan itu dipercayai berkaitan dengan pergaduhan yang berlaku pada malam sama antara rombongan Tupak dan anak saudara
00:38Davis, Orlando Babylene Anderson.
00:41Tupak dan pengasas syarikat rakamannya Marion Such Knight baru sahaja menghadiri pelawanan tinju Mike Tyson sebelum mereka diserang.
00:49Menurut penyiasat, sebuah Cadillac putih menghampiri kereta mereka ketika berhenti lampu isyarat sebelum tembakan dilepaskan.
00:56Davis kemudian mengaku berada di dalam Cadillac berkenaan dan membawa pistol ketika kejadian.
01:02Pengakuannya menjadi antara bukti penting dalam kes tersebut termasuk menerusi memoa yang diterbitkannya pada 2019.
01:09Bagaimanapun, peguam Davis mendakwa kenyataan anak-anak guamnya telah dibesar-besarkan untuk mendapatkan perhatian terhadap misteri kematian Tupak.
01:17Kes pembunuhan Tupak menjadi misteri selama hampir tiga dekad dan mencetuskan pelbagai teori konspirasi.
01:24Keluarga Tupak sebelum ini turut mempersoalkan kelewatan pihak berkuasa menyelesaikan kes itu.
01:29Keputusan juri kini memberikan jawapan kepada keluarga dan peminat Tupak selepas hampir 30 tahun menunggu.
01:35Tupak meninggal dunia pada usia 25 tahun selepas ditembak empat kali ketika berada dalam sebuah kereta berhampiran Las Vegas Strip.
01:43Beliau meninggal dunia beberapa hari kemudian di hospital.
01:47Terima kasih telah menonton!
Comments