Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Tiga kanak-kanak, termasuk dua perempuan terkorban dalam kebakaran yang melibatkan lebih 200 rumah di tiga kampung di Numbak, Kota Kinabalu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Tiga kanak-kanak ditemui rentung dalam satu kebakaran besar yang memusnahkan kira-kira 200 rumah atas air di tiga kampung
00:07di Numbak awal pagi Ahad.
00:09Pengarah Jabatan Bomber dan Penyelamat Malaysia Sabah Muhammad Pisar Aziz berkata mangsa ditemui pasukan bomba ketika operasi pemadaman dijalankan.
00:20Pisar berkata mangsa ketiga ditemui pada jam 7.46 pagi tidak jauh dari lokasi dua mangsa pertama yang ditemui.
00:27Dua mangsa dikenali sebagai adik-beradik iaitu Nana Abdullah 4 tahun dan Muhammad Asrul Abdullah 6 tahun manakala Nur Farah
00:35Dila Muhammad Tajihah 8 tahun merupakan sepupu mereka.
00:39Katanya pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 1.40 pagi sebelum jentera tiba di lokasi 15 minit kemudian.
00:46Api berjaya dikawal kira-kira 5 jam kemudian daripada terus merebak ke kawasan berhampiran.
00:51Kebakaran tersebut membabitkan rumah atas air jenis tidak kekal di tiga buah kampung iaitu kampung Lok Buta, kampung Lok Pori
00:59dan kampung Sabang Lamak.
01:02Operasi pemadaman, pencarian mangsa dan kerja-kerja lain masih diteruskan.
01:06Jumlah sebenar rumah yang musnah masih dalam proses pengesahan manakala punca kebakaran dan nilai kerugian belum dapat dipastikan.
Comments

Recommended