Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian berkata, hospital dan klinik kerajaan di Sarawak kini berada dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi kemungkinan peningkatan kes kesihatan susulan keadaan jerebu yang semakin memburuk di negeri itu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Hospital dan klinik kerajaan di Sarawak kini berada dalam keadaan siap-siaga untuk menghadapi kemungkinan peningkatan kes kesihatan sesuai keadaan
00:07jerebu yang semakin buruk di negeri itu.
00:10Timbalan Premier Sarawak, Dato' Amar Sim Kuihian berkata, semua fasiliti kesihatan telah diarah membuat persiapan sejak awal Ogos termasuk mengaktifkan
00:20prosedur operasi standar atau SOP yang sedia ada untuk menangani lonjakan jumlah pesakit.
00:27Dalam hari itu, Sim berkata langkah itu penting kerana pendedahan kepada zarah halus dalam jerebu boleh menyebabkan masalah penafasan berlaku
00:35dengan cepat terutama dalam kalangan golongan berisiko.
00:38Dr. Sim yang juga Menteri Kesihatan Awam Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak berkata, warga emas, pesakit asma, penyakit paru-paru
00:46obstruktif kronik COPD, pesakit kanser serta individu yang mempunyai sistem imun lemah dan diabetes tidak terkawal perlu mengambil langkah pencegahan
00:56lebih awal.
00:56Dalam masa sama, agensi kerajaan dan pihak berkuasa tempatan digesa mengurangkan aktiviti luar yang tidak kritikal bagi melindungi pekerja daripada
01:06pendedahan berpanjangan kepada jerebu.
01:09Beliau turut menjangkakan keadaan jerebu mungkin berlanjutan dalam beberapa hari lagi sambil mengingatkan bahawa hujan hanya memberi kelegaan sementara kerana
01:19kualiti udara boleh kembali merosot selepas cuaca kembali kering.
Comments

Recommended