Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Menurut peraturan baharu yang disiarkan dalam Warta Diraja Thailand, negara itu kekal mengalu-alukan warga asing untuk melancong, bekerja dan menjalankan perniagaan, namun, terdapat segelintir yang gagal mematuhi undang-undang tempatan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kerajaan Thailand memberi amaran belanjung asing yang dianggap bermasalah boleh berdepan tindakan pengusiran.
00:07Langkah itu susulan penguatkuasaan peraturan baharu berkaitan pengusiran warga asing yang disabitkan kesalahan jenayah.
00:14Langkah itu diambil ketika negara Asia Tenggara tersebut meningkatkan pemantauan terhadap tingkah laku pelawat asing
00:21dalam situasi kebergantungan Thailand kepada sektor pelancongan yang menarik puluhan juta pengunjung setiap tahun
00:26menerusi tarikan pantai dan warisan budayanya.
00:30Menteri Pelancongan Thailand Surasak Pancaruan Warakul berkata pelancong atau pekerja asing yang melanggar undang-undang perlu meninggalkan negara itu.
00:39Kenataan itu menjelang pelaksanaan peraturan baharu yang menetapkan kaedah pengusiran warga asing
00:44selepas mereka disabitkan kesalahan dan selesai menjalani hukuman bagi jenayah tertentu.
00:51Antara kesalahan yang boleh membawa kepada deportasi termasuk tinggal melebihi tempoh visa, bekerja atau menjalankan perniagaan secara harap,
01:00menggunakan atau menghasilkan dokumen palsu, serta kesalahan lain yang memperuntukkan hukuman penjara melebihi lima tahun.
01:09Langkah itu diluluskan Kerajaan Pimpinan Perdana Menteri Anutin Chan Virakul pada Julai lalu
01:15dan disifatkan sebagai usaha untuk melindungi nilai budaya Thailand.
01:21Sebelum ini, kebanyakan kes penghantaran pulang dipertimbangkan secara berasingan berdasarkan keadaan setiap individu.
01:30Menurut peraturan baharu yang disiakan dalam warta di Raja Thailand, negara itu kekal mengaluh-aluhkan warga asing untuk melancong,
01:37bekerja dan menjalankan perniagaan.
01:39Namun, terdapat segelintir yang gagal mematuhi undang-undang tempatan.
01:43Surasak turut menyatakan peraturan tersebut bertujuan menangani kehadiran warga asing berkualiti rendah
01:50yang mengganggu ketentraman awam.
01:54Pada Mei lalu, Thailand mengumumkan pengurangan tempoh lawatan tanpa visa bagi pelancong dari kebanyakan negara
01:59daripada 60 hari kepada 30 hari.
02:02Keputusan itu dibuat susulan beberapa tangkapan berprofil tinggi
02:06membabitkan warga asing atas kesalahan berkaitan dadah,
02:10pemberdagangan seks serta pengendalian perniagaan seperti hotel dan sekolah secara haram.
Comments

Recommended