00:00Seorang lelaki berusia 49 tahun yang dipercayai bapa saudara kepada kanak-kanak lelaki yang maut selepas disyaki dicederakan di bahagian
00:08leher di reman selama enam hari bagi membantu siasatan kes berkenaan.
00:12Ketua Polis Daerah Sibu ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata,
00:17suspek ditahan sesulam maklumat diterima pihak polis manakala beberapa barang kes turut dirampas di lokasi kejadian.
00:24Dalam satu kenyataan pada Sabtu, Abang Zainal berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada orang awam kira-kira jam
00:311.45 tengah hari pada Jumaat.
00:34Menurutnya mangsa berusia lima tahun itu dikejarkan ke hospital Sibu untuk mendapatkan rawatan namun disahkan meninggal dunia di unit kecemasan
00:42hospital berkenaan.
00:43Susulan kejadian itu polis telah menahan seorang lelaki berusia 49 tahun yang dipercayai terbabit dalam kejadian tersebut.
00:49Menurutnya, suspek turut didapati positif amphetamine dan methamphetamine dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Kesiksaan
00:58yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dan sebatan tidak kurang daripada 12
01:07kali jika tidak dihukum mati.
01:10Terima kasih telah menonton!
Comments