00:00Runtuhan glisir besar yang berlaku dalam tragedi di Nepal berpotensi mencetuskan banjir susulan sekiranya takungan air yang terbentuk akibat timbunan
00:10runtuhan pecah.
00:11Pakar Meteorologi dan Perubahan Iklim Universiti Malaya Prof. Marites Dato' Azizan Abu Sama berkata,
00:17ini sekaligus memerlukan pemantauan berterusan bagi mengesan perubahan paras air dan memastikan benteng semula jadi yang menahan takungan berkenaan kekal
00:26utuh.
00:27Kena monitor lah, kita kena awas, buat pengawasan tentang keutuhan debris itu menahan air tersebut dan kemungkinan perempangan yang dibuat
00:44di debris itu pecah.
00:46Baik, jadi impak daripada fenomena ini ke dalam sungai lebih kurang 100 km ke bawah.
00:58Bukan 100 km, 100 km. Jadi ini adalah satu orang kata runtuhan glisir yang agak besar.
01:05Azizan berkata, runtuhan glisir berkenaan bukan fenomena kecil kerana turut mencetuskan gegaran seismik berukuran 5.0 pada skala rektor,
01:16menunjukkan skala serta isi padu glisir yang runtuh adalah besar.
01:20Jelasnya timbunan serpihan yang menghalang aliran sungai ketika ini boleh bertindak seperti empangan semula jadi menyebabkan air terkumpul
01:29dan meningkatkan tekanan terhadap struktur yang menahannya.
01:32Dia macam kita punya empangan juga.
01:38Kalau air dia satu tinggi kepada satu level, dia kena lepaskan air tersebut.
01:44Oleh kerana pressure, tekanan daripada air itu akan menyebabkan empangan itu lemah dan pecah lah.
01:54Dan bila pecah, air mula keluar dan bila dia keluar dia mula menjadi lebih kencang lagi dan dia mula orang
02:03kata feedback menjadi lebih besar lagi lah.
02:07Jadi itulah mengapa kita ada kalau empangan, kita kena release air sebelum level itu terjadi.
02:17Sehubungan itu, Azizan berkata kemungkinan empangan semula jadi yang terbentuk daripada serpihan tersebut pecah semula
02:23perlu diberikan perhatian kerana ia berpotensi menghasilkan satu lagi kejadian banjir besar di kawasan hiliran.
Comments