Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Tiada rakyat Malaysia ditemukan dalam kalangan 771 orang yang telah diselamatkan dalam operasi mencari dan menyelamat berikutan bencana banjir yang melanda Nepal, setakat 5.30 petang waktu tempatan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Antara perkembangan yang kita boleh bawakan termasuklah kenyataan daripada Wisma Putra yang memaklumkan bahawa setakat ini, setakat 5.30 petang
00:08waktu tempatan di Nepal, tiada rakyat Malaysia ditemukan dalam kalangan 771 orang yang telah diselamatkan dalam operasi mencari dan menyelamat
00:17berikutan pencana banjir yang melanda Nepal setakat 5.30 petang waktu tempatan.
00:22Menurut kenyataan sama oleh Wisma Putra, pada Sabtu, 55 rakyat Malaysia masih dilaporkan belum dapat dihubungi dan dipercayai terbabit pencana
00:33berkenaan.
00:33Menurut kenyataan itu, berdasarkan senarai rasmi yang tersedia pada peringkat ini, tiada rakyat Malaysia dikenalpasti dalam kalangan 116 warga negara
00:42asing yang telah diselamatkan.
00:43Tambah kenyataan itu, Ketutaan Besar Malaysia di Katmandu terus bekerja sama dengan Pasukan Tindak Balas Kecemasan Kementerian Luar Negeri Nepal,
00:52Lembaga Pelancongan Nepal, Agensi Pelancongan dan Pihak Berkuasa Tempatan yang berkaitan bagi mendapatkan kepastian mengenai keselamatan dan keberadaan mangsa yang
01:00masih hilang.
01:00Tambah Wisma Putra, Bilik Operasi Kementerian di Putrajaya telah beroperasi 24 jam sejak 27 Ogos 2026 bagi menyelaras maklumat dan
01:10membantu rakyat Malaysia di kawasan terjejas serta ahli keluarga mereka.
Comments

Recommended