00:00Sebanyak 121 Memorandum Persepahaman MOU dengan nilai anggaran RM8 bilion dimeterai sempena pameran Pertanian Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia 2026,
00:11Maha.
00:12Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Muhammad Sabu berkata daripada jumlah itu kira-kira RM4 bilion membabitkan China manakala
00:20selebihnya melibatkan negara-negara lain.
00:24Kerjasama berkenaan merangkumi pembangunan kapasiti, latihan kepada peladang termasuk bidang pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional TVET selain peluang mengekspor
00:34produk agro-makanan tempatan ke luar negara.
00:37Misalnya kita kata Maha Go Global, kita tahu bahawa barangan kita, saya bila tinjau ke luar negara, melawat luar negara,
00:48terutama di sentral Asia dan Eropah,
00:52Timur lah. Banyakkan kalau barangan runcit ini datang banyak daripada Vietnam dan Thailand.
00:58Jadi kita banyak barangan kita yang boleh membuat promosi di sana.
01:04Sebab itulah kita di antaranya Maha Go Global termasuk Pharma, kita harap dapat mempermainkan peranan yang lebih hebat tingkat pada
01:13masa akan datang
01:14supaya barangan keluaran di Malaysia, banyak keluaran daripada pengusaha kecil ini boleh dipasarkan.
01:23Beliau ditemui selepas Majlis Perasmian Maha 2026 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang, Maibs pada Sabtu.
01:31Muhammad berkata Malaysia mempunyai pelbagai produk berpotensi untuk menembusi pasaran antarabangsa termasuk lanas dan durian
01:39dengan permintaan terhadap kedua-dua produk itu masih tinggi di beberapa pasaran luar.
01:45Ekspor nanas Malaysia kini melebihi RM1 bilion manakala pasaran durian di China masih mempunyai potensi besar untuk dikembangkan.
01:53Dalam pada itu, Muhammad menambah tumpuan utama Maha 2026 adalah kepada penciptaan nilai
01:59bagi memastikan hasil pertanian tempatan tidak hanya dijual dalam bentuk mentah,
02:04sebaliknya diproses menjadi produk hiliran yang mempunyai nilai lebih tinggi.
02:09Sementara itu, beliau menjelaskan usaha memperkukuh ekspor perlu dipertingkatkan
02:13bagi mengimbangi nilai import agromakanan negara yang kini melebihi RM80 bilion.
02:19Maha 2026 turut disertai 14 negara seperti Amerika Syarikat, Rusia, China, Jepun, Korea Selatan, Brazil, Kenya,
02:28Uzbekistan, Denmark, Hungary, Belanda, Sepanyol, Thailand serta Palestine.
Comments