00:00Dan Iran mahu memperkukuh hubungan politik dan ekonomi dengan negara-negara Islam, khususnya negara jiran, sebagai sebahagian daripada usaha untuk
00:08memperluaskan kerjasama serantau.
00:11Menteri luarnya, Abbas Harakci berkata, pendekatan Teheran terhadap dunia Islam adalah berasaskan semangat perpaduan dan hubungan yang lebih erat antara
00:20negara-negara Islam.
00:23Beliau berkata Iran berhasrat memperluaskan hubungan ekonomi dengan semua negara Islam dan menyifatkan hubungan sedia ada dengan kebanyakan negara tersebut
00:31sebagai positif.
00:32Selain itu, Teheran sentiasa terbuka untuk memperbaiki hubungan diplomatik dengan Mesir sekiranya Kahirah bersedia untuk berbuat demikian.
00:40Mengenai Lubnan, beliau berkata Iran mahu mengekalkan hubungan baik dengan semua kumpulan politik dan pihak kerajaan di negara itu.
00:46Pada masa sama, beliau menyeru agar hubungan Iran dengan negara-negara Afrika terus diperkukuhkan.
00:52Dalam perkembangan berkaitan, Abbas mempertahankan tindakan Teheran, menyasarkan kepentingan Amerika Syarikat di rantau Asia Barat sebagai tindak balas terhadap serangan
01:01Washington.
01:01Beliau menegaskan Iran tidak pernah menyerang negara Islam atau negara jiran, sebaliknya menyasarkan aset ketenteraan Amerika Syarikat ketika konflik berlaku.
01:10Ketegangan antara Teheran dan Washington terus berlanjutan sejak konflik bermula pada Februari lalu dengan kedua-dua pihak terus saling bertindak
01:17balas.
Comments