Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
KPKM melancarkan Kempen KENDIRI bagi menggalakkan isi rumah menanam sayuran dan herba sendiri sebagai sumber makanan tambahan. Pengunjung MAHA 2026 turut didedahkan kepada pelbagai konsep kebun ruang terhad.
Transcript
00:00Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan KPKM mengambil langkah memperkukuh keupayaan isi rumah menghasilkan sebahagian sumber makanan sendiri menerusi kempen kebun
00:09rumah sendiri atau kendiri.
00:11Menterinya, Datuk Seri Mamat Sabu berkata, usaha berkenaan bukan untuk mengambil alih peranan sistem bekalan makanan negara, sebaliknya menjadi pelengkap
00:18kepada sumber makanan sedia ada.
00:20Menurut beliau, melalui kendiri, masyarakat digalakkan memanfaatkan ruang yang ada di sekitar rumah untuk menanam tanaman makanan seperti sayur-sayuran
00:28dan herba mengikut kesesuaian kediaman masing-masing.
00:33Katanya, pengeluaran makanan secara kecil-kesilan di rumah mampu menjadikan sumber tambahan yang boleh dimanfaatkan keluarga, khususnya ketika berdepan keadaan
00:42tidak menentu.
00:42Di antaranya dimulakan di zaman Perdana Menteri Allahyarham Tun Abdul Razak, beliau sendiri yang melancarkan buku hijau.
00:52Di antaranya, dalam konsep buku hijau itu, mana ruang tanah yang kosong di rumah atau di mana digunakan untuk tanaman,
01:02sayur-sayuran dan apa-apa yang lain untuk bahan makanan.
01:05Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis pelancaran kendiri sempena pameran pertanian, hortikultor dan agro pelancongan Malaysia Maha 2026 pada
01:14Jumaat.
01:15Kemping bertimbangkan tanam apa yang kita makan, makan apa yang kita tanam.
01:19Antara lain menggalakkan rakyat menanam tanaman keperluan harian seperti cili, sawi, kangkung, daun bawang, pandan, serai dan kunyit.
01:29Sementara itu, Ketua Pengarah Pertanian Dato' Nur Sam Alwi menerusi kenyataan media berkata, pihaknya bersama agensi rakan strategik juga menyediakan
01:37empat komponen utama bagi menyokong kempen itu,
01:40termasuk buku panduan 30 jenis tanaman terpilih kendiri, dokumentari 10 episod, kit tanaman kendiri oleh Mardi Kok, serta lagu kempen
01:48kendiri.
01:49Beliau berkata pengunjung Maha 2026 turut berpeluang melihat model kebun rumah di Laman Floricultor atau Magica Garden
01:56yang mempamerkan konsep kebun ruang terhad seperti taman menegak, taman berpasu dan sistem hidroponik ringkas.
02:04Maha 2026 sudah bermula pada 28 September dan akan berlangsung sehingga 6 September 2026 di Maep Serdang, Selangor.
02:12Pameran Pertanian, Hortikultor dan Agro Pelancongan Terbesar di Malaysia ini menyasarkan kehadiran lebih 4 juta pengunjung,
02:19potensi pelaburan bernilai RM8 bilion dan nilai jualan langsung sebanyak RM58 juta sepanjang 10 hari pengancurannya.
Comments

Recommended