Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
PBB menggesa sokongan antarabangsa yang lebih kukuh kepada institusi keselamatan Haiti susulan serangan kumpulan bersenjata di Kenscoff yang mengorbankan sekurang-kurangnya 47 orang.

Keganasan berterusan turut mencetuskan krisis kemanusiaan apabila lebih separuh daripada penduduk Haiti kini memerlukan bantuan.
Transcript
00:00Danai sekali Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB menggesa sokongan antarabangsa yang lebih kukuh pada institusi keselamatan Haiti.
00:07Sesulan serangan kumpulan bersenjata di Kanskov yang mengorbankan sekurang-kurangnya 47 orang.
00:14Menurut wakil khas diusaha agung PBB untuk Haiti, Carlos Ruiz Masio.
00:18Serangan itu juga menyaksikan puluhan individu diculik termasuk wanita dan kanak-kanak.
00:26Beliau menyifatkan serangan yang berlaku pada 23 dan 24 Ogos lalu sebagai satu kekejaman yang mengerikan dan menuntut semua mangsa
00:34culik dibebaskan tanpa syarat.
00:36Tambahnya serangan itu menyebabkan ramai penduduk cedera, hilangkan tempat tinggal dan kemusnahan harta benda.
00:42Menurut PBB, kumpulan bersenjata turut menyerang orang awam yang berlindung di sebuah gereja dengan sebahagian mangsa dilaporkan terbunuh ketika cuba
00:50menyelamatkan diri.
00:51Katanya insiden itu menunjukkan kumpulan bersenjata dilihat mencabar kuasa kerajaan dengan terus memperluas pengaruh mereka di luar Port-au-Prince.
01:00Selain itu, beliau mengalu-alukan langkah pihak berkuasa Haiti, menjelaras operasi polis negara, angkatan tentera dan pasukan membantras kumpulan bersenjata
01:09bagi meningkatkan keselamatan.
01:11Namun tegasnya operasi keselamatan sahaja tidak mencukupi tanpa usaha memulihkan perkhidmatan asas, pendidikan dan peluang pekerjaan.
01:18Dalam perkembangan berkaitan, PBB memberi amaran keganasan berterusan kini mencetuskan krisis kemanusiaan yang semakin parah di Haiti.
01:27Lebih separuh daripada 6.4 juta penduduk negara itu memerlukan bantuan kemanusiaan, manakala hampir 1.5 juta lagi menjadi pelarian
01:37dalaman.
01:37Terima kasih.
Comments

Recommended