00:00Ribuan pesakit di Semenanjung Gaza masih menunggu untuk dipindahkan bagi mendapatkan rawatan perubatan segera di luar wilayah itu.
00:09Menurut Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO, Tedros Adhanam Gabrielsis,
00:15akses kepada pemindahan perubatan kekal menjadi keperluan mendesak bagi menyelamatkan nyawa pesakit yang memerlukan rawatan khusus.
00:24Beliau berkata WHO telah membantu memindahkan seramai 106 pesakit termasuk 19 kanak-kanak melalui pintu sepanar Rafah dan Kerem Shalom
00:32pada minggu lalu.
00:34Katanya seramai 132 pengiring turut dibawa keluar bersama pesakit berkenaan bagi meneruskan rawatan di luar Gaza.
00:41Dalam pada itu, WHO memaklumkan seramai 13,237 pesakit termasuk lebih 6,000 kanak-kanak telah berjaya dipindahkan dari Gaza
00:51sejak Otober 2023.
00:54Pemindahan itu terus melibatkan lebih 16,000 pengiring yang membantu pesakit sepanjang proses rawatan.
01:00Beliau menegaskan akses berterusan melalui pelbagai laluan sempadan amat penting bagi memastikan pesakit menerima rawatan tepat pada masanya.
01:10Dalam masa sama, krisis kemanusiaan di Gaza terus meruncing dengan ratusan ribu penduduk kehilangan tempat tinggal akibat konflik yang berpanjangan.
01:18Kementerian Kesehatan Gaza melaporkan lebih 1,300 orang terbunuh dan lebih 4,000 lagi cedera sejak genjatan senjata dilaksanakan.
01:26Terima kasih kerana menonton!
01:30Terima kasih kerana menonton!
Comments