00:00Seorang kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun yang terselamat daripada bencana banjir dasyat di Nepal, akhirnya ditemukan semula dengan ibunya
00:09selepas beberapa hari dipercayai hilang.
00:13Zoyal Ghali ditemui selamat walaupun mengalami patah kaki dan kecederaan pada wajah selepas berjaya menyelamatkan diri ketika banjir besar melanda
00:21daerah rasuah di utara Nepal.
00:24Kanak-kanak itu sebelum ini dilaporkan melarikan diri ke kawasan hutan dan memanjat pokok untuk mengelakkan diri daripada dihanyutkan arus
00:32deras.
00:32Sehari sebelum pertemuan semula itu, Zoyal diterbangkan dengan helikopter ke Kathmandu untuk menerima rawatan, manakala ibunya, Mati Maya Tamang, terus
00:42mencari dua anak lelakinya yang dilaporkan hilang.
00:45Menurut Tamang, pada pagi Rabu, keduduk anaknya pergi ke sekolah menggunakan kenderaan sekolah seperti biasa, manakala dia berada di rumah
00:52melakukan kerja menenun.
00:54Namun tidak lama kemudian, dia terdengar bunyi kuat yang pada mulanya disangka gempa bumi sebelumnya dari kawasan tersebut dilanda bencana
01:01besar.
01:02Tamang berkata dia cuba menuju ke sekolah anak-anaknya, namun keadaan lokasi yang musnah teruk menyebabkan kawasan berkenaan hampir tidak
01:09dapat dikenali.
01:10Bangunan sekolah itu turut dilaporkan musnah akibat bencana tersebut.
01:15Selepas beberapa hari melakukan pencarian tanpa henti, Tamang mengakui hampir berputus asa sebelum berjaya memperoleh maklumat mengenai keberadaan anaknya.
01:24Pada Jumaat, dia berbual dengan Zoyal menerusi telefon sebelum berjaya menemuinya di sebuah hospital di Kathmandu.
01:32Pertemuan penuh emosi itu turut disertai bapa Zoyal yang bekerja sebagai buruh pembinaan di Jepun dan sedang dalam perjalanan pulang
01:39untuk bersama keluarganya.
01:40Walaupun tragedi itu merubah kehidupan ribuan penduduk di Rasuah, Tamang bersyukur kerana masih berpeluang memeluk anaknya semula.
01:48Setakat ini sekurang-kurangnya 579 orang disahkan maut, marakala kira-kira 2,500 lagi masih hilang akibat bencana yang melanda
01:56Nepal dan wilayah Tibet di China.
Comments