Skip to playerSkip to main content
  • 16 minutes ago
Di Chitwan, sebanyak 137 mangsa maut ditemukan di sepanjang Sungai Trishuli dan Narayani setakat pagi Khamis, jumlah yang jauh melebihi kapasiti bilik mayat daerah itu yang hanya mampu memuatkan antara 30 hingga 50 jasad.

Pegawai Daerah Chitwan, Ganesh Aryal, berkata sebuah bangunan Institut Pembangunan Perusahaan Perindustrian yang tidak digunakan di Bharatpur sedang diubah suai menjadi tempat penyimpanan mayat sementara yang mampu menampung kira-kira 250 jasad.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Bilik mayat di Nepal semakin kehabisan ruang. Susulan penemuan berterusan mangsa yang dihanutkan jauh ke hilir akibat banji kilat dahsyat.
00:11Lapor media tempatan pada Jumaat, keadaan itu memaksa pihak berkuasa mewujudkan kemudahan sementara dan memindahkan mayat ke daerah berhampiran.
00:21Menurut dekat mandupus, mayat dari Rasuah dan Nuwakot ditemukan di kawasan hilir di beberapa kawasan, sekaligus membebankan kemudahan penyimpanan mayat
00:31dan menyukarkan usaha pengecaman.
00:34Di Jituan, seramai 137 mangsa maut ditemukan di sepanjang sungai Trishuli dan Narayani setakat Khamis.
00:41Jumlah yang jauh melebihi kapasiti bilik mayat daerah itu yang hanya mampu memuatkan antara 30 hingga 50 jasad.
00:50Susulan itu, pihak berkuasa Jituan berkata, sebuah bangunan institut pembangunan perusahaan perindustrian yang tidak digunakan di Baratpur
00:58sedang diubah suai menjadi tempat penyimpanan mayat sementara yang mampu menampung kira-kira 250 jasad.
01:04Sementara itu, anggota keluarga mangsa yang hilang mula tiba di Jituan dari beberapa daerah dengan membawa gambar untuk mendapatkan maklumat
01:12lanjut.
01:13Pihak polis juga mengambil gambar mayat, cap jari dan sampel DNA bagi membantu proses pengecaman.
01:20Gambar mangsa yang wajahnya masih boleh dikenalpasti turut disebarkan bagi membantu keluarga mengecam ahli keluarga mereka.
01:27Pihak berkuasa antara lain sedang menyelaras dengan agensi tempatan untuk menetapkan tapak pengembunian yang sesuai bagi mayat yang belum dikenalpasti.
01:36Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended