Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Langkah itu diambil susulan asap akibat kebakaran hutan dan tanah di Kalimantan Barat yang terjejas teruk telah menjejaskan kualiti udara secara serius di seluruh Sarawak.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Bertemu kembali, Indonesia sahkan kerjasama dengan Malaysia sedang berjalan bagi menangani masalah cerebu rentas sempadan dengan penyelarasan serta merta ditumpukan
00:09kepada operasi pembenihan awan di sepanjang kawasan sempadan.
00:14Langkah itu diambil susulan asap akibat kebakaran hutan dan tanah di Kalimantan Barat yang terjejas teruk telah menjejaskan kualiti udara
00:23secara serius di seluruh Sarawak.
00:28Pemangku Ketua Pusat Data Informasi dan Komunikasi Bencana Badan Nasional Pengurangan Bencana BNPB, Berten Panjaitan berkata,
00:37perbincangan berterusan sebagai sebahagian daripada usaha lebih luas untuk menangani situasi jerebu itu.
00:43Perbincangan dua hala dengan Malaysia telah diadakan dan kedua-dua negara bersetuju memperkukuh kerjasama termasuk dari segi pencegahan, pemantauan serta
00:53sokongan bagi operasi pembenihan awan.
00:56Berten berkata, Malaysia turut menawarkan bantuan bagi usaha memadamkan kebakaran dan menyuarakan kesediaan untuk membantu.
01:04Bagaimanapun beliau berkata, pihak Jakarta belum membuat permohonan rasmi untuk aset pemadaman secara langsung seperti bantuan pengemboman air.
01:12Pada 24 Ogos selepas, Malaysia dan Indonesia bersetuju mempergiat langkah pencegahan serta pemadaman kebakaran.
01:21Bagi menangani isu jerebu rentas sempadan, sesudahan perbincangan antara Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Malaysia,
01:28Datuk Seri Alta Joseph Kurup dengan Menteri Alam Sekitar Indonesia, Jumhur Hidayat.
01:34Alta berkata, Indonesia juga telah memberi kebenaran kepada Malaysia untuk memasuki ruang udaranya bagi menjalankan operasi pembenihan awan.
01:44Jerebu itu turut menjejaskan sebagian kawasan di Malaysia, termasuk Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Perak yang merekodkan kualiti
01:53udara tidak sihat.
Comments

Recommended