Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Perkara itu disampaikan Pensyarah Kanan, Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Umi Hamidaton Soffian Lee dalam program Dialog Poket Rakyat yang disiarkan pada Jumaat (28 Ogos). Katanya, antara pendekatan yang perlu diperhalusi termasuk penyediaan pekerjaan yang lebih stabil dan produktif serta tangga gaji yang lebih baik.

Category

🗞
News
Transcript
00:01Usaha meningkatkan keupayaan rakyat menghadapi kos sehari hidup berbanding sekadar bergantung kepada bantuan dan subsidi kerajaan perlu diberi tumpuan dalam
00:10pembentangan Belanjawan 2027.
00:12Pensyarahkanan Fakulti Ekonomi dan Muamalat Universiti Sains Islam Malaysia USIM Dr. Umi Hamidatun Sofian Lee berkata, kemahiran digital dan mobiliti
00:23sosial antara aspek yang wajar diberi perhatian bagi memastikan rakyat mempunyai keupayaan yang lebih baik untuk berdepan cabaran ekonomi semasa.
00:34Yang kita tahu setiap kali Belanjawan tidak kira lah 2027, 2026 masih lagi berfokuskan kepada golongan rentan. Itu adalah salah
00:43satu fokus utamalah.
00:45Tetapi saya kira untuk satu jangka yang panjang penyelesaian yang paling kukuh adalah alternatif-alternatif lain lah yang perlu diperhalusi
00:53ataupun yang perlu di-highlightkan ataupun yang kita jangkakan daripada pihak kerajaan.
00:57Misalnya melibatkan pekerjaan yang lebih stabil, peluang pekerjaan yang lebih produktif dan juga saya kira satu tangga gaji yang lebih
01:06baik.
01:06Sementara itu, Pensyarahkanan Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia UPM Dr. Mohd Amin Uthman
01:15berpandangan,
01:16pelaksanaan gaji progresif perlu diberi lebih perhatian dalam Belanjawan 2027 bagi meningkatkan pendapatan pekerja serta menggerakkan aktiviti ekonomi negara.
01:26Tumpu kepada meningkatkan belanjawan kepada gaji progresif. Sebab apa? Sebab melalui itu, kita bagi orang yang bekerja, siapa yang nak
01:35bekerja, yang dapat bekerja, dia akan dapat manfaat daripada kerjaan.
01:39Selain itu, Presiden Persatuan Pengguna Kedah Kek Mohd Yusrizal Yusof berkata, kerajaan perlu wujudkan ekosistem yang lebih baik bagi membantu
01:48perusahaan mikro, kecil dan sederhana PMKS terus beroperasi susulan kemerosotan kuasa beli rakyat.
01:54Sekarang ini kita nampak keadaan kuasa membeli tidak seperti dulu. Setelah 20 tahun saya dalam Persatuan Pengguna, saya lihat penurunan
02:05kadar kuasa membeli itu berlaku pada hari ini yang menyebabkan PMKS ini kebanyakan merungut bahawa dia dah kurang dah.
02:14Dan juga wujudnya persaingan-persaingan yang hebat juga daripada PMKS, PMKS yang lain, macam peruncit juga.
02:20Ketiga-tiga pandangan berkenaan disuarakan dalam program Dialog Poket Rakyat pada Jumaat.
Comments

Recommended