00:00Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia MAPIM akan menggerakkan misi kemanusiaan ke Nepal pada 5 September ini bagi membantu mangsa yang
00:07terjejas akibat bencana banjir besar di negara itu.
00:11Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata pihaknya telah menghubungi kerutaan Nepal di Malaysia bagi mendapatkan gambaran awal mengenai situasi
00:19terkini yang disifatkan sebagai malapetaka antara paling buruk pernah berlaku di negara tersebut.
00:27Dalam satu sidang media pada Jumaat, beliau berkata misi bagi peningkat awal itu akan dianggotai empat sukarelawan MAPIM yang akan
00:34membuat penilaian terhadap keperluan di kawasan terjejas serta menyelaraskan bentuk bantuan diperlukan.
00:41Kata beliau bagi memperkasakan impak bantuan, MAPIM turut membuka ruang dan mengundang penyertaan daripada pertubuhan bukan kerajaan NGO tempatan yang
00:49lain.
00:50Ini termasuk gabungan bersama organisasi kemanusiaan MyCare selain dua NGO yang berada di Nepal.
00:57Mohd Azmi berkata bekalan ubat-ubatan merupakan keperluan paling utama buat masa ini diikuti agihan pek makanan asas kepada mangsa.
01:06Beliau berkata maklumat mengenai misi khas serta pelaksanaan bantuan akan dimaklumkan secara rasmi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim
01:13dalam masa terdekat.
Comments