00:00Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraan Awam JKDNKA, Bukit Aman memperkukuh risikan di kawasan sempadan Kelantan bagi mengesan sebarang pergerakan
00:10atau elemen dari selatan Thailand yang boleh mengancam keselamatan.
00:14Pengarah JKDNKA, Datuk Sri Muhammad Yusri Hassan Basri berkata langkah itu termasuk menambah anggota risikan pasukan gerakan arm PGA selain
00:24kekuatan anggota dan aset di kawasan sempadan yang dikenal pasti berisiko.
00:31Katanya pihak berkuasa mempunyai risikan sendiri daripada PGA untuk melakukan tugas-tugas mengikut bidang kuasa dan akan berkolaborasi dengan jabatan
00:39lain dalam polis diraja Malaysia dan agensi keselamatan lain seperti Angkatan Sentera Malaysia, ATM dan sebagainya.
00:46Beliau berkata JKDNKA menerusi PGA, Pasukan Polis Merin dan Pasukan Simpanan Persekutuan PSP akan terus memperkasakan penugasan di kawasan yang
00:56dikenal pasti berisiko terutama di Kelantan kerana tiga wilayah selatan Thailand iaitu Patani, Yala dan Naratiwat bersempadan dengan negeri itu.
01:05Jelas beliau pihaknya akan terus memperkasakan penugasan, menambah anggota, menambah anggota risikan dan juga menambah aset di kawasan-kawasan yang
01:14dikenal pasti akan berlaku pencerobohan atau penyedupan barang.
01:18Pada Sabtu lepas, wilayah Naratiwat dikenakan perintah berkurung bermula 10.15 malam hingga 5 pagi selepas berlaku lebih 50 insiden
01:26termasuk pengeboman, pembakaran pejabat kerajaan tempatan dan pembakaran tayar.
Comments