Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Potongan cukai yang lebih baik kepada pengusaha pelancongan amat penting untuk menggalakkan lebih banyak aktiviti promosi Malaysia di pasaran antarabangsa.
Transcript
00:00Persatuan ejen-ejen pelancongan dan pengembaraan Malaysia atau MATAW menggariskan beberapa harapan utama menjelang pembentangan belanjawan 2027.
00:09Antara yang menjadi keutamaan ialah insentif cukai yang lebih mesra industri, peningkatan pelaburan dalam infrastruktur pelancongan serta peruntukan promosi yang
00:17lebih besar bagi menyokong sektor pelancongan negara.
00:23Presiden mata Najewong berkata potongan cukai yang lebih baik kepada pengusaha pelancongan amat penting untuk menggalakkan lebih banyak aktiviti promosi
00:31Malaysia di pasaran antarabangsa.
00:34Menurut beliau, langkah itu juga selaras dengan usaha menjayakan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 hingga 2027.
00:42Beliau berpandangan insentif cukai yang lebih kompetitif, mampu mendorong syarikat pelancongan meningkatkan perbelanjaan promosi di luar negara bagi menarik lebih
00:52ramai pelawat antarabangsa ke Malaysia.
00:54Selain itu, Wong turut menekankan keperluan supaya kerajaan meningkatkan pelaburan dalam pembangunan dan penaik tarafan infrastruktur pelancongan.
01:02Beliau berkata, usaha menaik taraf aset warisan dan tarikan pelancongan sedia ada perlu diteruskan bagi meningkatkan daya tarikan negara sebagai
01:11destinasi pelancongan.
01:13Menurutnya, kejayaan kerja-kerja penambahbaikan bangunan Sultan Abdul Samad yang kini menjadi antara ikon utama Kuala Lumpur menunjukkan pelaburan dalam
01:21pemuliharaan warisan mampu memberikan nilai tambah kepada industri pelancongan.
01:26Beliau menambah, Malaysia mempunyai banyak bangunan bersejarah dan warisan yang wajar diberi nafas baru menerusi kerja-kerja pembaharuan dan penaik
01:34tarafan.
01:35Dalam masa sama, Mata turut menggesa pendekatan yang lebih menyeluruh dalam pembangunan sektor pelancongan negara.
01:41Menurut Wong, pihak berkuasa tempatan dan majlis perbandaran perlu memainkan peranan lebih besar dalam memastikan bandar dan kawasan pelancongan lebih
01:50selamat serta mesra perjalan kaki.
01:52Beliau berkata langkah itu bukan sahaja meningkatkan pengalaman pelancong, malah membantu memperkukuh imej Malaysia secara keseluruhan.
02:00Berdasarkan jadual di laman Sesawang Parlimen Rang Undang-Undang Perbekalan 2027 di jadual dibentangkan Menteri Kewangan pada 9 Oktober depan.
02:09Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended