00:00Baik, Iran tidak menggunakan pemeriksa agensi tenaga atom antarabangsa IAEA mengakses kemudahan nuklear yang rosak akibat serangan ketenteraan baru-baru
00:08ini sehingga prosedur baharu bagi pemeriksaan tapak berkenaan diwujudkan.
00:13Ketua Pertubuhan tenaga atom Iran Muhammad Islami berkata, Teheran kini mematuhi undang-undang yang diluluskan Parlimen Iran berhubung pemeriksaan terhadap
00:21kemudahan nuklear yang menjadi sasaran serangan.
00:25Beliau turut mempersoalkan kebebasan dan keupayaan IAEA selepas Agensi Nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB itu didakwa gagal mengecam serangan
00:35terhadap kemudahan nuklear Iran.
00:37Menurut Muhammad, IAEA perlu menjelaskan pendiriannya berhubung keselamatan tapak yang diserang serta mengemukakan protokol khusus bagi pemeriksaan kemudahan nuklear yang
00:47mengalami kerosakan akibat serangan ketenteraan.
00:49Beliau mendakwa IAEA kini berada di bawah tekanan Amerika Syarikat dan Israel untuk mendapatkan akses ke tapak yang rosak termasuk
00:58bagi menilai kesan operasi ketenteraan terhadap kemudahan berkenaan.
01:02Sementara itu, Iran berkata pemeriksaan keselamatan oleh IAEA masih dilaksanakan di tapak nuklear yang tidak terjejas oleh serangan.
01:11Sampai jumpa di video selanjutnya.
Comments