00:00Kementerian Pendidikan mengarahkan institusi pendidikan di bawah kementerian itu agar menghentikan segala aktiviti luar bilik darjah termasuk aktiviti keramaian dan
00:10sukan di luar bangunan di kawasan yang mencatatkan bacaan indeks pencemaran udara IPU melebihi 100.
00:16Ketua Pengarah Pendidikan Muhammad Azam Ahmad berkata, arhan berkenaan telah dikeluarkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah demi
00:25kebajikan serta keselamatan murid.
00:29Selain itu, lokasi penganjuran acara sukan yang sedang berlangsung pada peringkat majlis sukan sekolah MSSM dan bahagian Pendidikan Islam BPI
00:39akan diselaraskan semula ke kawasan lebih selamat
00:42atau dijalankan secara tertutup dalam bangunan jika perlu berdasarkan bacaan IPU semasa.
00:49Selain itu, semua institusi pendidikan di bawah KPM turut disaran melaksanakan beberapa langkah pencegahan
00:55termasuk memantau aktiviti yang boleh mendedahkan murid kepada keadaan cuaca panas.
01:02Tegas Muhammad Azam, bekalan air minuman bersih perlu dipastikan sentiasa mencukupi di institusi pendidikan bawah KPM
01:10selain menggalakkan murid membawa air minuman sendiri.
01:14Katanya lagi pihak berkaitan perlu menasihati dan menggalakkan murid agar mengambil air minuman dalam kuantiti yang sesuai
01:22bagi mengawal suhu badan.
01:24Institusi pendidikan berkaitan juga perlu memberikan air minuman kepada murid asrama
01:29sekiranya keadaan kritikal dan tiada sumber lain bagi mendapatkan air minuman.
01:35Semua institusi pendidikan di bawah KPM perlu sentiasa buah sepada
01:40serta bekerjasama dengan klinik dan hospital berdekatan
01:43jika berlaku sebarang komplikasi ke atas murid akibat jerebu dan cuaca panas.
Comments