Skip to playerSkip to main content
  • 27 minutes ago
Tiga pasangan direman empat hari oleh Mahkamah Majistret Tawau bagi membantu siasatan penemuan ketamin dan cecair disyaki mengandungi ekstasi dalam serbuan di sebuah rumah inap mewah.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Tiga pasangan di Riman empat hari oleh Mahkamah Magistri Tawau bagi membantu siasatan penemuan ketamin dan cecair Lishaki mengandungi ekstasi
00:09dalam serbuan di sebuah rumah inap miwah yang dipercayai di sewa mereka di Taman Nordin awal pagi Rabu.
00:15Perintah Riman sehingga 30 Ogos itu dikeluarkan Magistri Don Stewin Melanjun selepas membenarkan permohonan polis bagi menjalankan siasatan lanjut.
00:26Berdasarkan keterangan kes, pasukan anggota bahagian siasatan jenayah narkotik Ibu Pejabat Polis daerah Tawau menyerbu rumah inap yang disewa suspek
00:35jam 4.30 pagi selepas menerima maklumat berkaitan kegiatan dadah.
00:40Sebaik tiba pasukan polis memasuki sebuah bilik di tingkat bawah rumah berkenaan yang tidak berkunci sebelum menemukan kesemua enam suspek
00:48terdiri daripada tiga lelaki dan tiga wanita berusia antara 20 hingga 39 tahun.
00:53Pemeriksaan kemudian menemukan pinggan kaca mengandungi serbuk putih disyaki ketamin.
01:00Polis turut menemukan sekeping kad dan sebatang rokok berjenama Dark Horse yang disyaki dicampur dadah jenis ketamin.
01:07Turut dirampas sebuah jak kaca mengandungi cecai berwarna oran disyaki mengandungi ekstasi dengan anggaran isi padu 659.16ml.
01:17Susulan penemuan itu ke semua suspek ditahan manakala barangan berkenaan dirampas untuk siasatan lanjut.
01:23Kes disiasat mengikut Seksyen 12-2 Akta Dadah Berbahaya 1952.
Comments

Recommended