Skip to playerSkip to main content
  • 6 minutes ago
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima permintaan daripada polis dan tentera Thailand bagi membantu mengesan pergerakan individu atau ejen yang mempunyai kaitan dengan kumpulan Barisan Revolusi Nasional (BRN) susulan beberapa kejadian letupan di tiga wilayah selatan Thailand, Sabtu lepas.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Polis Ziraja Malaysia PDRM menerima permintaan daripada polis dan tentera Thailand bagi membantu mengesan pergerakan individu atau ejen yang mempunyai
00:08kaitan dengan kumpulan Barisan Revolusi Nasional BRN sejualan beberapa kejadian retupan di tiga wilayah selatan Thailand Sabtu lepas.
00:16Menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Muhammad Khalid Ismail, PDRM akan menjalankan siasatan, mendapatkan maklumat lanjut dan membantu pihak berkuasa
00:23Thailand menyelesaikan isu berkenaan.
00:27Katanya setakat ini PDRM mendapat permintaan daripada pihak polis dan tentera Thailand untuk mencari atau membantu sebarang pergerakan ejen ataupun
00:36mereka yang berkaitan dengan BRN dan sebagainya.
00:39Justru katanya PDRM akan menjalankan siasatan dan cuba mendapatkan maklumat lanjut serta membantu pihak Thailand dalam menyelesaikan isu tersebut.
00:48Beliau sebelum ini melakukan lawatan kerja di Pangkalan Haram Lubuk Gong Pasemas pada Rabu.
00:52Beliau berkata permintaan seumpama itu bukan perkara baru kerana PDRM pernah menerimanya sebelum ini dan akan terus berusaha membantu pihak
01:00berkuasa Thailand dari semasa ke semasa.
01:03Muhammad Khalid berkata perkembangan yang berlaku di tiga wilayah selatan Thailand itu turut diberi perhatian kerana terdapat beberapa perkara yang
01:11dilihat mungkin boleh menimbulkan kemudaratan kepada Malaysia.
01:14Sehubungan itu beliau berkata lawatan bersama-sama pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraan Awam KDNKA, Bukit Aman, Datuk Seri
01:23Muhammad Yusri Hassan Basri dan Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhammad Yusuf Mamad menunjukkan komitmen PDRM dalam menjaga keselamatan dan ketenteraan
01:30negara khususnya di Kelantan.
01:32Turut hadir Komanda Brigad Tenggara Pasukan Gerakan Arm SAC Ahmad Razi Hussein dan Ketua Polis Daerah Pasir Mas SCP Mazlan
01:40Hassan.
01:41Beliau berkata kawalan keselamatan di sempadan turut dipertingkatkan melalui penambahan anggota, penggunaan teknologi drone dan beberapa peralatan canggih bagi memastikan
01:50tidak berlaku ketirisan.
01:51Pada Sabtu lepas, wilayah Naratiwat dikenakan perintah berkurung bermula 10.15 malam hingga 5 pagi selepas berlaku lebih 50 insiden
02:00termasuk pengeboman, pembakaran pejabat, kerajaan, tempatan dan pembakaran tayar.
02:06Letupan kuat di Naratiwat dalam kejadian itu turut mengegarkan kediaman dan menimbulkan kebimbangan kepada penduduk di sempadan Malaysia, Thailand termasuk
02:14kampung Lubuk Gong dan kampung Tersang Rantau Panjang di sini.
Comments

Recommended