00:00Bertemu kembali, Indonesia pada Rabu mempergiat operasi pemadaman di Kalimantan dan Sumatera, susulan kebakaran hutan dan tanah yang masih marak
00:08dengan kawasan dianggarkan seluas 74,870 hektare terbakar di enam wilayah keutamaan.
00:14Pemangku Ketua Pusat Data Informasi dan Komunikasi Bencana Badan Nasional Pengurusan Bencana BNPB, Bertuan Panjaitan berkata operasi udara itu melibatkan
00:2452 helikopter yang menggugurkan lebih 4 juta liter air di lokasi kebakaran.
00:32Sebanyak 7,334 titik panas direkodkan di enam wilayah pada selasa, dengan Kalimantan Barat mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 2,610,
00:44diikuti Kalimantan Tengah 2,110 dan Sumatera Selatan 1,438.
00:51Menurut beliau, Kalimantan Barat turut mencatatkan anggaran keluasan kawasan terbakar tertinggi iaitu 38,311 hektare, diikuti Riau 16,440 hektare,
01:06Kalimantan Selatan 9,605 hektare, Kalimantan Tengah 7,634 hektare, Sumatera Selatan 1,926 hektare dan Jambi 954 hektare.
01:21Kebakaran hutan dan tanah yang berterusan menyebabkan kualiti udara merusut dengan ketara apabila indeks pencemaran udara IPU di beberapa kawasan
01:30di Kalimantan Tengah menjecah 573 pada awal Rabu iaitu paras yang dikategorikan sebagai berbahaya.
01:38Sementara itu, Ketua Pusat Krisis Kesihatan Kementerian Kesihatan Agus Jamaluddin berkata, kira-kira 3,4 juta penduduk terjejas akibat kebakaran
01:50di tujuh wilayah iaitu Riau, Jambi dan Sumatera Selatan, di Sumatera serta Kalimantan Barat, Tengah, Timur dan Selatan.
01:59Kebakaran itu turut menimbulkan kebimbangan serius di negara jiran termasuk Malaysia apabila jerebu rentas sempadan memburukkan kualiti udara di beberapa
02:09kawasan di selatan rantau ASEAN.
02:13Terima kasih telah menonton!
Comments