Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Sekurang-kurangnya 95 orang terkorban dan lebih 600 lagi hilang selepas banjir serta tanah runtuh di sepanjang sempadan Nepal-Tibet memusnahkan perkampungan serta merosakkan jalan raya dan infrastruktur.

Category

🗞
News
Transcript
00:04Sekurang-kurangnya 95 orang terkorban dan lebih 600 lagi hilang selepas banjir serta tanah runtuh di sempajang sempadan Nepal-Tibet
00:13memusnahkan perkampungan serta merosakkan jalan raya dan infrastruktur.
00:17Banjir itu melanda awal pagi rabu di Rasuah terletak di utara ibu kota Nepal Kathmandu dengan maklumat awal menunjukkan ia
00:25berpunca daripada gempa bumi yang mencetuskan runtuhan salji sekaligus menyebabkan air daripada salji yang cair mengalir deras ke dalam sungai
00:33Bote Koshi.
00:35Menurut Tentera Nepal, operasi mencari sedang dijalankan di kedua-dua belas sempadan dan setakat ini 88 orang telah berjaya diselamatkan.
00:43Pegawai menyatakan usaha sedang dilakukan untuk mengesan kedudukan 579 pelancong termasuk 466 warga asing dari 28 negara berbeza.
00:54Menurut pihak polis antara pelancong yang belum dapat dikesan itu, 113 orang adalah warga Nepal, 54 orang daripada Amerika Syarikat
01:01dan 33 merupakan warga United Kingdom.
01:05Media kerajaan China melaporkan 3 orang maut dan 265 lagi hilang di Tibet.
01:10Pelancong yang hilang itu termasuk 12 pengembara dari United Kingdom serta warga Amerika Syarikat, Malaysia, Afrika Selatan dan India.
01:19Selain itu, Lembaga Pelancongan Nepal, NTB memaklumkan seramai 17 warga Malaysia dilaporkan hilang susulan kejadian banji kilat yang melanda kawasan
01:28sungai Bote Koshi di daerah Rasuah Nepal pada pagi Rabu.
01:32Kesemua rakyat Malaysia berkenaan merupakan sebahagian daripada kumpulan pengembara yang diuruskan oleh agensi pelancongan tempatan Fishtail Tours and Travels.
01:41Kumpulan tersebut merangkumi seramai 27 individu secara keseluruhan termasuk 3 warga Amerika Syarikat dan 7 warga tempatan Nepal.
01:49Secara akumulatif, data awal daripada 10 agensi pelancongan dan pengembaraan mencatatkan seramai 384 individu melibatkan 291 pelancong asing serta 93
02:02warga Nepal kini dilaporkan hilang atau belum dapat dihubungi di kawasan terjejas.
02:08NTB memalumkan pihaknya kini bekerjasama rapat dengan polis pelancong, pasukan keselamatan, pentadbiran tempatan serta pemandu pelancong untuk mengesahkan status keselamatan
02:18dan lokasi sebenar kesemua mangsa.
02:20Pihak berkuasa Nepal turut menggesa para pelancong di kawasan sekitar agar kekal tenang, mematuhi arahan keselamatan rasmi dan menyalurkan sebarang
02:29maklumat kepada pihak berkuasa keselamatan terdekat.
02:38Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended