Skip to playerSkip to main content
  • 13 minutes ago
Ketika harga rumah dan kos sara hidup terus meningkat, konsep pemilikan bersama muncul sebagai alternatif kepada pembeli rumah pertama. Namun sejauh mana model ini mampu membantu menangani isu kemampuan memiliki rumah dalam jangka panjang?
Transcript
00:00Isu kemampuan memiliki rumah terus menjadi cabaran besar, terutama bagi golongan muda dan M40.
00:06Walaupun kerajaan memperkenalkan pelbagai inisiatif termasuk SJKP, Skim Rent to Own RTO,
00:12insentif cukai pembeli rumah pertama dan projek perumahan mampu milik dalam belanjawan 2025 serta 2026.
00:19Dalam keadaan harga rumah, kos suara hidup dan syarat pembiayaan yang semakin mencabar,
00:24konsep pemilikan bersama mula dilihat sebagai alternatif untuk membantu lebih ramai rakyat memasuki pasaran hartanah.
00:31Namun adakah ia benar-benar pilih sayang jangka panjang atau sekadar jalan keluar sementara?
00:36Dengan itu kita mempersilahkan tetamu untuk kupas lebih lanjut adalah Dato' Ahyak Ishak, pengasas komuniti dan pejuang hartanah.
00:42Terima kasih Dato'.
00:43Pertama sekali melihat kepada Malaysia yang telah memperkenalkan pelbagai skim pemilikan rumah termasuk SJKP, Rent to Own dan insentif pembeli
00:50rumah pertama.
00:51Namun isu kemampuan memiliki rumah masih berlarutan.
00:54Adakah ini menunjukkan model pemilikan tradisional semakin sukar dicapai dan konsep pemilikan bersama perlu dipertimbangkan secara lebih serius?
01:05Pertamanya, isu pemilikan hartanah ini adalah satu isu yang kompleks.
01:11Maka memerlukan pelbagai solusi dan apa yang kita lihat, solusi tradisional itu tidak lagi mampu untuk menyelesaikan semua masalah-masalah
01:25yang mungkin ditanggung.
01:26Maka saya berpendapat bahawa kita sepatutnya mempertimbangkan satu skim atau konsep yang dinamakan sebagai konsep pemilikan bersama.
01:41Dan pemilikan bersama ini satu atau yang dinamakan shared ownership ini sebenarnya satu konsep yang dah biasa kita dengar sebelum
01:50ini.
01:50Sebagai contoh, sekiranya seorang rakyat Malaysia itu tak mampu memiliki hartanah sepenuhnya menggunakan satu nama,
02:00maka sekiranya dia sudah berkahwin, dia akan menggunakan nama pasangan hidup dia.
02:05Dan suami dan isteri membeli bersama.
02:09Jadi kerana saya seorang diri hanya mampu memiliki 50% daripada rumah itu dan seorang lagi itu akan melengkapi pemilikan
02:23itu dengan 50% tambahan.
02:25Jadi sekiranya kita memahami konsep ini sudah lama ada dan diterima oleh masyarakat,
02:32sebenarnya tidaklah terlalu, apa yang kita namakanlah terlalu luar biasa untuk kita fikirkan bahawa akan ada satu konsep pemilikan bersama.
02:42Cuma-cuma dalam konsep yang nak dicadangkan ini, pihak lagi satu itu bukanlah seorang manusia yang lain.
02:51Tetapi merupakan mungkin satu agensi atau badan atau persatuan hartanah yang akan memiliki bahagian yang rakyat itu tidak mampu memiliki.
03:04Itulah yang kita lihat.
03:06Dan elok juga kita nak bincangkan di sini, bila kita lihat cabaran-cabaran rakyat Malaysia memiliki hartanah,
03:15itu merupakan contohnya masalah yang perlu kita selesaikan.
03:20Dan setiap masalah ini ada apa yang saya sebut sebagai ubat.
03:26Kan kerana kita manusia ini macam-macam demam.
03:29Mungkin kita ada batuk, sesema, peninggungan.
03:31Setiap demam ini ada ubatnya.
03:34Jadi dalam hartanah, semua masalah-masalah ini macam demam-demam yang berbeza-beza dan memerlukan ubat atau solusi yang berbeza.
03:45So kat sini kita juga nak kena lihat dua isu yang besar.
03:52Satu ialah bagaimana kita nak membantu rakyat ada akses kepada perumahan.
03:57Tapi kedua ialah bagaimana rakyat itu ada, boleh terus memiliki hartanah itu.
04:06Jadi banyak, banyak solusi seperti SJKP, Rent to Own dan pemilikan bersama ini.
04:13Jangan sekadar kita melihat membantu rakyat ada akses itu sahaja.
04:21Tetapi setelah mereka ada akses itu, apa akan jadi kepada rakyat itu?
04:29Dan itulah banyak yang kita kena bincangkan tentang pemilikan bersama itu kerana setelah rakyat itu dibantu untuk mendapat rumah dengan
04:39cara pemilikan bersama ini.
04:40Tapi selepas itu apa yang akan berlaku?
04:43Banyak-banyak yang perlu dibincangkan.
04:46Penting untuk kita meliti bukan sahaja akses penting tapi bagaimana untuk memastikan setiap pembeli itu dapat memastikan pengekalan ataupun maintenance
04:55selepas memiliki sesebuah rumah.
04:57Dan paling penting apabila memiliki rumah kita akan lihat juga kepada golongan muda yang ramainya mempunyai pendapatan yang mencukupi untuk
05:04membayar ansuran bulanan.
05:05Tetapi gagal mendapatkan pinjaman kerana komitmen hutang atau syarat pembiayaan yang agak ketat.
05:11Jadi Dato' bagaimana pemilikan bersama boleh membantu mengatasi halangan kemasukan terutamanya ke pasaran harta tanah ini?
05:20Okey. Sangat membantu.
05:22So bayangkan-bayangkan satu rumah RM500,000.
05:26Dan seorang anak muda ini sebagai contoh kita ambillah.
05:30Dia hanya mampu untuk memiliki 40% sahaja.
05:36Dia mampu RM200,000 je daripada RM500,000 tu.
05:38Dan itu RM200,000 daripada RM500,000 ni adalah 40% daripada rumah itu.
05:45Jadi itu sahajalah yang dia akan miliki buat masa sekarang.
05:50Dan bagi RM60,000 itu iaitu RM300,000 harga rumah itu akan dimiliki oleh satu yang saya sebut tadi agensi
05:58atau badan atau persatuan perumahan yang lain.
06:00Dan rakyat itu perlu membayar sewa terhadap bahagian yang dia belum miliki sepenuhnya lagi.
06:12Jadi apa yang sekiranya lah kita pertimbangkan dan laksanakan pemilikan bersama ini bermaksud seorang anak muda yang memang hanya mampu
06:24sekian banyak.
06:24Contohnya RM200,000 dari segi depositnya, dari segi kemampuan mendapat pembiakannya, maka dia masih boleh memiliki rumah yang bernilai RM500
06:37,000 itu dengan cara memudahkan anak muda itu akses kepada rumah ini.
06:44Tetapi kalau kita fikirkan, kalaulah ini menjadi penyelesaiannya, kalau kita fikirkan penyelesaian ini tidaklah menyelesaikan masalah sebenar.
07:00Kerana masalah sebenar ialah kemampuan rakyat dan masalahnya ialah rumah yang mampu sekian.
07:07Jadi sekiranya kita melaksanakan skim pemilikan bersama ini, ini tidak menyebabkan kita selesaikan harga rumah yang tinggi itu menjadi semakin
07:20mampu milik.
07:21Tetapi kita hanya menyelesaikan masalah akses rakyat kepada rumah yang mungkin tidak mampu milik.
07:29Tetapi kita menyebabkan rumah itu mampu milik di peringkat awal kerana dia ada apa yang dinamakan stair casing.
07:36Dia macam akan ada pemilikan yang bertangga-tangga kerana sekarang aku hanya mampu memiliki 40%.
07:43Tetapi dalam konsep skim ownership ini dia ada stair casing di mana kemudian kerana kita akan ada peningkatan pendapatan,
07:53maka pemilikan 40% itu akan meningkat ke 50%, 60%, 70% dan sehingga harapan kita ialah sehingga 100%.
08:01Jadi kat sinilah dilema saja kerana kita mahu menyelesaikan masalah harga rumah yang mahal.
08:10Tapi kerana kita mencari solusi yang ada dan ada negara-negara yang telah mengamalkannya,
08:17jadi dia sebenarnya menyelesaikan sedikit masalah itu secara sementara tetapi kita masih perlu menyelesaikan masalah yang lebih besar
08:26iaitu harga rumah yang semakin mahal menjangkaui kemampuan rakyat.
08:32Melihat kepada negara-negara lain yang telah meletaknya dalam amalan atau pendekatan mereka negara-negara seperti Australia, United Kingdom dan
08:41juga Singapura,
08:42model pemilikan bersama digunakan untuk meningkatkan akses kepada pemilikan rumah itu.
08:47Adakah Malaysia mempunyai kerangka perundangan, pembiayaan dan juga pelindungan pengguna yang mencukupi
08:53terutama untuk bantu menyokong model yang sama pada skala yang lebih besar, Datuk?
08:59Okey, kalau kita lihat negara-negara ini apa kesamaan dia?
09:03Kesamaannya ialah Commonwealth.
09:06Jadi saya yakin dan percaya, in fact Ireland kan, UK, Ireland, Australia, Singapura kan,
09:15Singapura itu mungkin ada model yang berbeza kerana mereka ada public housing sistem yang berbeza kerana negaranya pun sangat berbeza.
09:22Tetapi kalau kita lihat negara-negara lain itu kerangka, saya yakin dan percaya Malaysia ada kerangka perundangan yang mencukupi, itu
09:34satu.
09:35kedua, adakah modal itu mencukupi?
09:38Kalau kita lihat, kerajaan boleh memperuntukkan RM20 bilion untuk SJKP sahaja.
09:45Dan saya yakin dan percaya ada juga ruang dalam belanjawan negara itu yang boleh diperuntukkan khusus untuk pemilikan bersama ini
09:54yang akan diberikan kepada satu agensi baru atau badan yang baru untuk melaksanakan skim ini.
10:07Tapi kan, kalau kita lihat bila saya gaji, kita ambil contoh UK.
10:11UK namakan sebagai Hard Owned Hard Rent.
10:16maknanya konsep, maknanya shared ownership iaitu sebahagian dimiliki, sebahagian disewa.
10:23Sama lah juga apa yang kita bincangkan hari ini.
10:26Dan bila kita kaji, bila saya kaji, sebenarnya skim ini sudah wujud daripada tahun 1970-an.
10:34Dan dijadikan akta perumahan 1980 di UK.
10:39Okey, bermaksud skim ini sudah wujud di sana 40-40 lebih tahun, 4 dekad lamanya.
10:48Jadi, bermaksud skim ini tidaklah satu skim yang terlalu luar biasa yang baru.
10:55Cuma apa yang saya dapatkan ialah, setakat hari ini dilaporkan bila saya kaji,
11:01ada lebih kurang 200-200 ribu lebih pengguna, pemilik rumah yang menggunakan skim ini di sana, di UK.
11:12Dan kalau kita lihat, itu hanya merupakan lebih kurang 1% daripada stok perumahan di seluruh UK.
11:20UK ini termasuk semua negara-negara itulah UK.
11:22Dan kalau kita lihat, penyelesaian ini hanya menyumbang kepada kurang 1%.
11:34Kerana kalau nak dilihat, 1% daripada stok hartanah di England semata-mata,
11:42tapi kurang daripada 1% daripada the whole of UK.
11:45So, kita lihatlah bahawa sebenarnya ada satu ubat atau penyelesaian yang dinamakan skim pemilikan bersama ini,
11:56tapi di negara-negara yang telah amalkannya sekian lama pun,
12:01tidaklah menjadi satu solusi yang menyeluruh dan memberi kesan yang lebih signifikan.
12:08Saya anggap, kalau kita anggap 30%, 30% daripada stok semua perumahan itu telah diselesaikan oleh satu pemilikan cara skim
12:18itu,
12:19dan maka kita boleh anggaplah itu satu skim yang sangat penting dan memberi kesan yang sangat-sangat besar.
12:25Tapi, bila kita melihat kepada pemilikan hartanah secara menyeluruh,
12:31setiap ubat, setiap penyelesaian itu penting kerana 1% di sini, 1% di sana, 5% 10% dan
12:39akhirnya dia akan membantu.
12:41Dan Nina, saya juga nak ulas jugalah ya,
12:45bila kita cerita tentang pemilikan rumah ini ya,
12:48di Malaysia ini dilaporkan kalau kita tengok data daripada Dozum tahun 2024,
12:54pemilikan hartanah dah mencecah 78%.
12:57Ia bergantung kepada artikel mana yang kita dengar itu ada yang kata 77, 78%.
13:01Okey, 78% dari mana perkiraan ini?
13:05Perkiraan ini sebenarnya dari kalau kita lihat semua stok rumah di Malaysia itu lebih kurang 10-11 juta rumah
13:13dan bila dikaji, 78% daripada stok rumah itu dimiliki oleh kurang-kurangnya seorang daripada penduduk di rumah itu.
13:25dan kita boleh lihat ya, 78% itu ada satu jumlah yang besar.
13:32Adakah isu dan cabaran pemilikan rumah ini satu isu yang betul-betul perlukan segala ubat dan penyelesaian kepada masalah yang
13:43kita sedang lihat ini,
13:44pemilikan hartanah. Okey, pada pendapat saya masih perlu kerana 78% ini hanya menggambarkan isi rumah itu kan kerana
13:53kurang-kurangnya seorang ayah atau ayah atau mak atau mak sahaja yang memiliki rumah itu
13:58dan seluruh isi keluarga dalam rumah itu memiliki rumah, dianggap memiliki rumah kerana ayah memiliki rumah.
14:07Tapi anak muda yang membesar di rumah itu yang suatu hari nanti perlu keluar daripada rumah itu
14:15dan berkahwin, bekerja, membina rumah sendiri dan mahu membina rumah sendiri, di situlah yang kita perlu lihat sebenarnya
14:24banyak solusi-solusi yang diperlukan untuk menyelesaikan isu pemilikan rumah.
14:31Setiap perancangan ataupun pelaksanaan ataupun setiap strategi pendekatan yang akan kita guna bukan mudah
14:38so tentu mungkin ada kelebihan dan kelemahannya, so tentu akan kita teliti ataupun dapat tahu kelemahan itu
14:44suatu pelaksanaan. Dan salah satu kebimbangannya, Dato, ini adalah antara kebimbangan utama di mana apabila berlaku
14:53pertikaian antara pemilik bersama, termasuk soal bayaran ansur, pengurusan rumah atau keputusan yang menjual aset
15:00siapa yang akan ambil alih ini, siapa yang akan membuat keputusan ini, siapa yang akan bayar pada waktu ini, berapa
15:05lama
15:05dari pengalaman Dato, apa risiko terbesar dalam pemilikan bersama dan bagaimana ia boleh diminimumkan?
15:12Ok, Nina pun dah senaraikan antara kebanyakan isu-isu dan potensi pertikaian yang bakal berlaku
15:20sebenarnya kan, pemilikan tradisional ialah saya bekerja, saya berkahwin, saya perlukan rumah, saya siapkan modal
15:30deposit, saya pergi ke bank dapatkan pembiayaan dan saya bayar, saya bayar pemaju atau pemilik asal atau pergi ke lelong
15:40dan saya memiliki secara outright, secara penuhnya, itu adalah tradisional. Dan bila pemilikan hartanah ini
15:47tidak tradisional, tidak normal macam itu, bermaksud tidak biasa dan dia anggap sebagai luar biasa
15:55contohnya, SJKP ni dah kira luar biasa tapi ialah dia outright purchase juga. Ok, lepas tu rent to own
16:02rent to own ni kan dah luar biasa. Skim pemilikan bersama ni, shared ownership ni juga luar biasa.
16:09bila benda ni luar dari biasa, maka dia sebenarnya mendedahkan rakyat dan pelaksana kepada risiko tambahan,
16:20masalah tambahan. Nina, saya ada sedikit firasat lah eh, saya sekiranya eh skim ini dilaksanakan,
16:2910 tahun daripada sekarang, kita akan ada masalah baru. Masalah itu ialah nak menyelesaikan
16:39pertikaian-pertikaian yang lahir dari skim ini. Di mana hari ini kita nak membincangkan, pertimbangkan
16:49dan sekiranya dilaksanakan skim ini untuk menyelesaikan masalah. Tetapi 5, 10, 20 tahun daripada sekarang
16:56akan timbul masalah baru kerana skim yang diwujudkan ini nak menyelesaikan masalah ini. Ok, antaranya yang
17:05paling besar ialah kematian. Apa yang berlaku bila berlakunya kematian? Waris. Waris, siapakah waris yang akan
17:13mengambil alih pemilikan yang bahagian pemilikan itu sahaja. Dan ada pula waris yang mahu teruskan
17:21pemilikan itu, ada waris yang tidak mahu meneruskan pemilikan itu. Itu satu-satu hal. Ok, dalam ketika dia
17:28hidup, dia tidak meninggal dunia, macam tadi, dia ditimpa sakit kritikal. Sakit kritikal. Dia macam ni eh,
17:35bila sakit kritikal, tak boleh kerja, tak boleh kerja, tak dapat gaji, tak dapat gaji, tak boleh bayar
17:42bulanan, tak boleh bayar bulanan, apa berlaku kepada bahagian yang dimiliki oleh rakyat yang
17:48mengambil skim itu. Jadi, dalam keadaan sakit kritikal itu bagaimana pula isunya. Ok, dalam dia tidak
17:55meninggal, tidak sakit tapi dia hidup. Ok, contoh, dia bercerai, suami isteri bercerai. Pemilikannya bagaimana?
18:02Sekiranya dibenarkan pemilikan bahagian rakyat itu boleh dimiliki oleh lebih daripada
18:08seorang. Ok, itu satu-satu hal juga. Dan bagaimana pula dari segi yang macam disebutkan
18:13tadi, repair, maintenance atau rakyat itu sendiri rasa macam, ok, aku bukan rasa kerana
18:21dia berpindah kerja, maka dia kena jual rumah itu. Siapa yang ada hak pertama untuk
18:27membuat keputusan kepada apa yang akan berlaku pada rumah itu. Jadi, banyak-banyak
18:31sebenarnya pertikaian yang boleh berlaku dan inilah yang perlu dididik yang perlu
18:45dilatih dan diajar dan dibincang secara akaliti. Itu sebabnya Nina, pada pendapat
18:51saya, sekiranya skim ini dilaksanakan, mana-mana rakyat yang mahu mengambil skim ini
18:58bukan sekadar cukup duduk dan mendengar penerangan tentang kelosa-kelosa dalam
19:05perjanjian atau kontrak. Tetapi, sekiranya lah saya boleh cadangkan, rakyat perlu melalui
19:15satu seminar atau satu camp latihan. Dua hari satu malam. Kerana benda ini, satu
19:23perkara yang serius. Pemilikan 10, 20, 30 tahun. Takkan kelas dua hari tak sanggup untuk
19:30kita hadapi. Dan apa yang berlaku di dalam sesi ini perlu diterangkan dari mula sehingga
19:38ke akhir. Jangan cerita kisah-kisah indah pemilikan Hartanah Hari ini. Tetapi perlu
19:44diceritakan semua yang Nina sebut tadi, pertikaian-pertikaian yang boleh berlaku
19:49supaya rakyat itu sedar dan rakyat itu ada hak. Okey, selepas sesi dua hari ini, saya
19:57tiba-tiba rasa tak berselera lagi lah untuk teruskan. Maka saya nak opt out untuk
20:03pilih untuk tidak meneruskan. So, sebenarnya perlu mengambil serius lah perjanjian dan
20:10kontrak antara rakyat dan mana pihak yang kedua untuk memiliki bahagian
20:15rakyat tidak memiliki itu. Paling penting kita lihat pada senario jika rumah
20:21ini dia beli secara pemilikan bersama oleh rakan, adik-beradik orang yang antara
20:25kita percaya dan juga kumpulan pelabur dan mungkin duduk sehari dua seminar
20:31mungkin tidak mudah ya. Mungkin perlu lebih lagi. Dan sedang tentu bagaimana selain
20:37daripada pendekatan untuk kita duduk seminar mempelajarinya apakah antara
20:40pro and cons ya? Bagaimana untuk kita pastikan perbahagian pegangan, keuntungan
20:45modal dan juga tanggungjawab kewangan dapat disertuturkan supaya semua pihak
20:49dilindungi? Okey, semua pihak dilindungi. Pihak mana yang perlu ada keutamaan
20:57dilindungi? Okey, pada pendapat saya, kita kena lihat pihak mana yang lebih terdesak
21:04dalam kebersamaan ini. Sudah pasti jawapannya ialah rakyat yang memiliki rumah itu
21:11yang lebih terdesak. Dalam mana-mana perjanjian atau perundingan, pihak yang
21:18lebih terdesak itu sepatutnya perlu lebih dilindungi kerana dia apa-apa yang berlaku
21:24pun ada kontrak di depan muka dia pun, ada peguam yang nak terangkan setiap baris
21:30dan setiap kelosa sekalipun. Malah kalau ada seminar sekalipun, pihak yang
21:36terdesak itu perlu lebih dilindungi. Dan pada pemikiran saya juga, pihak yang
21:44mengeluarkan modal dan mengambil risiko untuk pemilikan bersama, untuk melengkapi
21:50pemilikan rakyat itu juga perlu dilindungi juga. Jadi sekiranya tidak dilindungi
21:56dua-dua pihak ini, saya tak fikir skim pemilikan bersama ini boleh terlaksana.
22:04Kerana sudah pasti rakyat itu akan kata, okey, okey, saya boleh terima ini, apa-apa
22:09kelosa ini. Tapi sekiranya pihak yang menyediakan modal, yang mengambil risiko juga
22:14dan sudah pasti ada juga hak dia untuk mendapat sedikitlah pulangan. Itu sebabnya
22:21kalau kita lihat apa yang berlaku di UK, dana itu disediakan oleh pihak
22:27kerajaan. Dan disebut juga bila saya baca, tidaklah mengharapkan keuntungan
22:35yang melampau, maknanya dia keuntungan yang sedikit atau tidak langsung ada
22:41mengharapkan keuntungan, barulah skim ini boleh terlaksana. Jadi itulah yang kita
22:46kena jaga, sebenarnya jaga bahagian rakyat itu dahulu dan ada juga penjagaan
22:51kepada penyedia modal, maka konsep ini boleh berlangsung.
22:58Jelas, cabaran perumahan hari ini memerlukan kita melihat di luar model
23:02pemilikan tradisional. Pemilikan bersama mungkin membuka lebih banyak peluang,
23:06namun akses perlu datang bersama seperti yang Datuk kongsikan, pelindungan.
23:10Matlamatnya bukan sekarang untuk membeli rumah, tapi memilikinya secara mampan
23:14dan membina nilai daripadanya. Sekali lagi saya nak cakapkan terima kasih
23:17kepada Datuk Ahya Ishak, pengasas komuniti pejuang hartanah atas
23:20perkongsian dan pandangan yang sangat bernilai. Dan itu saja niaga awan ini
23:23pada kali ini. Jika terlepas mana-mana perbincangan kami, ikuti semula
23:27di astro.ni.com dan di semua platform digital Astro Awani.
Comments

Recommended