Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Pengasas Persatuan Muballighat Negeri Selangor, Puan Hindon Abdullah dinobatkan sebagai Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Negeri Selangor 1448H atas sumbangan besarnya dalam bidang dakwah, pendidikan dan pembangunan ummah.

Beliau diiktiraf selepas lebih tiga dekad memperkasa gerakan dakwah wanita menerusi pelbagai program keagamaan, kebajikan dan pembangunan masyarakat.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Hindun Abdullah, seorang pendidik dan penggerak dakwah wanita, dinobatkan sebagai penerima anugerah tokoh maludah rasul peringkat Negeri Selangor 2026.
00:09Menurut jawatan kuasa pemilihan, Hindun dipilih berdasarkan sumbangannya dalam bidang dakwah, pendidikan dan pembangunan masyarakat Islam selama lebih tiga dekad.
00:22Antara sumbangan terbesar Hindun adalah menubuhkan Persatuan Mubalirat Negeri Selangor PMNS pada 1992 sekaligus menjadi platform penting dalam memperkasa dakwah
00:33wanita di negeri itu.
00:35Di bawah kepimpinannya, pelbagai program keagamaan, pembangunan keluarga, kebajikan dan pendidikan berjaya dilaksanakan bagi memperkukuh institusi masyarakat Islam.
00:44Hindun yang juga bekas pendidik turut aktif menyampaikan ilmu menerusi kuliah agama, bimbingan Al-Quran serta program pembangunan remaja dan
00:53wanita.
00:54Sumbangan beliau turut melangkaui sempadan negara apabila terlibat dalam usaha pembinaan masjid dan madrasah tafiz di Kemboja.
01:01Panggil saya, jadi kata Ustazah Selangor tidak ada persatuan wanita yang membawa kepada agama Islam.
01:11Ustazah saya buat, dia panggil saya seorang, dia dapat dia. Jadi saya kata, saya doa dekat Allah, saya kata, Allah
01:21bagilah keupayaan.
01:24Kemudian selepas sebulan, bincang-bincang, saya hanya dapat kumpulkan kengkawan masa itu, kengkawan yang dah pencin, yang dah pencin, tapi
01:35bersemangat.
01:36Anugerah berkenaan disampaikan Sultan Selangor Sultan Syarafuddin Idris Shah di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz
01:46Shah Shah Alam.
Comments

Recommended