00:00Seorang pelajar maut, manakala seorang lagi berada dalam keadaan kritikal
00:03selepas sebahagian struktur konkret runtuh di sebuah sekolah di Iquitos, wilayah Loreto, di timur laut Peru.
00:11Menurut pihak berkuasa tempatan, kejadian berlaku ketika kerja-kerja merubuhkan sebuah tangki air lama di kawasan sekolah
00:17yang dipercayai dilaksanakan atas arahan pihak pengurusan sekolah tersebut.
00:22Pelajar yang terkorban dilaporkan merupakan pelajar tahun 5 sekolah mendengah perkenaan.
00:26dan seorang lagi pelajar yang cedera kini menerima rawatan di hospital wilayah dan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.
00:35Runtuhan itu turut menyebabkan pelajar terperangkap di bawah timbunan konkret.
00:39Dalam pada itu, ibu bapa, guru dan rakan-rakan mangsa bertindak membantu usaha menyelamat
00:44sebelum jentera berat digunakan untuk mengalihkan runtuhan kenaan.
00:49Pejabat dakwa raya daerah kini menjalankan siasatan untuk menentukan punca kejadian
00:53serta mengenalpasti sebarang tanggungjawab perundangan berhubung insiden tersebut.
00:58Setakat ini, Kementerian Pendidikan Peru masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai kejadian tersebut.
Comments