Skip to playerSkip to main content
  • 7 minutes ago
Penyanyi popular, Ziana Zain dan Ketua Pengarah Penyiaran, Ashwad Ismail dianugerahkan Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.M.S) yang membawa gelaran Datuk.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pelani popular tanah air, Siti Roziana Zin atau lebih dikenali sebagai Ziana Zin, kini bergelar datuk selepas dianugerahkan Darjah Pangkuan
00:09Seri Melaka di PSM yang membawa gelaran berkenaan.
00:13Beliau yang juga anak jatim Malimau Jasin menerima anugerah itu pada istiadat penganugerahan Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri
00:22Melaka.
00:22sempena hari jadi ke-77 yang di Pertua Negeri Melaka, Tun Muhammad Ali Muhammad Rustam, di Balai Istiadat Seri Negeri
00:30hari ini.
00:34Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Ashwad Ismail serta pengarang kumpulan berita dan ehwal semasa rangkaian TV Media Prima Berhad, Datuk Azhari
00:42Muhyiddin, turut menerima penganugerahan sama.
00:44Mereka antara 189 individu yang dianugerahkan di PSM dalam istiadat berkenaan selain penerima lain daripada pelbagai latar belakang termasuk bidang
00:55perkhidmatan awam, politik, korporat dan seni.
00:59Sepanjang perjalanan seni, Ziana dikenali menerusi pelbagai lagu popular seperti Puncak Kasih, Anggapanmu dan Putus Terpaksa selain menjadi antara penyanyi
01:08wanita yang kekal mendapat tempat dalam industri muzik tanah air.
01:12Penganugerahan Datuk itu sekaligus menjadi satu lagi pengiktirafan terhadap sumbangan beliau dalam bidang seni yang diceburi sejak awal kemunculan sebagai
01:20penyanyi profesional.
01:21Dalam istiadat sama, seramai 1,328 penerima menerima pelbagai darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka.
01:31Pada istiadat itu, Menteri Pendidikan Datuk Seri Fandina Siddiq mendahului senarai 10 penerima darjah gemilang seri Melaka DGSM yang membawa
01:40gelaran Datuk Seri.
01:41Turut menerima darjah kebesaran sama ialah Hakim Besar Malaya, Datuk Seri Hashim Hamzah, Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohamad Khalid
01:49Ismail dan Ketua Peseruh Jaya Suruhan Jaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM, Datuk Seri Abdul Halim Aman.
01:56Seramai 56 individu pula menerima darjah cemerlang seri Melaka DCSM yang membawa gelaran Datuk Wira, antaranya Ahli Dewan Undangan Negeri
02:05Adun Benut, Datuk Mohamad Sumali Ridwan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Komisional Polis, Datuk M. Kumar.
02:13Selain itu, Ketua Polis Melaka Datuk Zulhairi Mukta turut menerima darjah berkenaan.
02:18Terima kasih.
02:19Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended