00:00Pendidikan dan latihan teknikal dan vocational TVET perlu terus diperkasa bagi melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi serta berdaya saing khususnya
00:09dalam memenuhi keperluan industri minyak dan gas yang semakin berkembang di Sabah.
00:14Institusi Pengajian Tinggi dan Pusat Latihan Kemahiran memainkan peranan penting dalam usaha itu dengan memperbanyakkan kursus serta program berkaitan industri
00:23minyak dan gas bagi memenuhi permintaan pasaran pekerjaan semasa.
00:30Ini juga satu peringatan kepada institusi pengajian tinggi.
00:37Saya rasa kita perlu remodel kursus yang kita memberi kepada pelajar ini kepada kerja yang menjanjikan peluang yang lebih luas
00:50untuk mendapat pekerjaan.
01:01Beliau berkata, pekembangan industri minyak dan gas di Sabah kini bergerak dalam skala lebih besar dijangka membuka lebih banyak peluang
01:09pekerjaan dalam tempoh beberapa tahun akan datang.
01:12Masih diterap menegaskan pemilihan kursus pengajian tidak seharusnya hanya bertujuan mendapatkan ijazah, sebaliknya perlu mengambil kira potensi kerjaya yang boleh
01:22ditawarkan selepas tamat pengajian.
Comments