00:00Semua penerbangan di labangan terbang Singkawang di wilayah Kalimantan Barat, Indonesia dibatalkan pada Sabtu akibat jerebu.
00:07Menerusi infografik yang dimuat naik di Instagram rasminya, labangan terbang itu memaklumkan keputusan berkenaan dibuat demi keselamatan penerbangan.
00:16Pihaknya turut menasihatkan penumpang yang terjejas supaya menghubungi syarikat penerbangan masing-masing.
00:22Singkawang terletak di bahagian Barat Borneo, Indonesia, kira-kira 145km di utara Puntianak.
00:30Sementara itu, Kementerian Pengangkutan Indonesia pada Jumaat memaklumkan pihaknya terus memantau asap akibat kebakaran hutan dan tanah di Kalimantan serta
00:39kesannya terhadap operasi penerbangan di beberapa lapangan terbang.
00:43Ketua Pengarah Penerbangan Awam, Luqman F. Laisa berkata, jarak penglihatan merupakan faktor penting dalam keselamatan penerbangan.
00:53Penerbangan boleh mengalami kelewatan dilencongkan atau dibatalkan apabila jarak penglihatan berada di bawah had operasi yang ditetapkan.
01:01Sementara itu, Kementerian Berkenaan menerusi kemas kini terbaharu di Instagram memaklumkan mengesan 56 titik panas berkeyakinan tinggi di Kalimantan Tengah,
01:1351 di Kalimantan Barat dan 19 di Kalimantan Selatan setakat 9.30 malam waktu tempatan pada Jumaat.
01:22Kementerian Berkenaan
Comments