Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
Indonesia mempergiat operasi modifikasi cuaca bagi membantu menangani kebakaran hutan dan kawasan pertanian di Kalimantan yang mengakibatkan jerebu tebal.
Transcript
00:00Kerajaan Indonesia mempergiat operasi modifikasi cuaca bagi membantu menangani kebakaran hutan dan kawasan pertanian di Kalimantan yang mengakibatkan jerebu tebal
00:09di wilayah Serantau.
00:11Ketua Biro Perhubungan Awam dan Kerjasama Luar Kementerian Perhutahanan, Riz Tianto Pribadi berkata, usaha pemadaman sedang dijalankan menerusi operasi darat,
00:20rondaan pengesanan awal dan penyelarasan antara agensi.
00:24Jelas Riz Tianto, kaedah itu merupakan sebahagian daripada strategi bersepadu untuk mengawal kebakaran hutan dan tanah dengan meningkatkan peluang hujan.
00:35Di Kalimantan Barat, operasi pembenihan awan dijalankan dari 13 hingga 17 Ogos lalu menerusi sembilan penerbangan.
00:44Anggaran jumlah hujan 10.92 juta meter padu berjaya mengairi kawasan terjejas.
00:51Seterusnya, ramalan cuaca menunjukkan satu lagi peluang operasi modifikasi cuaca bermula Ahad hingga Kamis depan.
01:00Menurut Riz Tianto, keadaan cuaca di Kalimantan Tengah diramalkan kekal kering dengan pertumbuhan awan dan taburan hujan yang terhad.
01:09Bagaimanapun, asap tebal sejak dua hari lalu menjejaskan operasi udara terutamanya di sekitar Jabiran, Tanjung Taruna dan kawasan Taman Negara
01:19Sebangau.
01:20Jarak penglihatan juruterbang menjadi terhad terhadap sasaran serta laluan penerbangan.
01:26Data terkini Badan Nasional Pengurusan Bencana mengesan sebanyak 1,842 titik panas di lima wilayah Kalimantan.
01:35Terima kasih telah menonton!
01:37Terima kasih telah menonton!
01:37Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended