Skip to playerSkip to main content
  • 5 minutes ago
Kementerian Pendidikan (KPM) meluluskan peruntukan RM2 juta kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi kerja-kerja pembaikan segera di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Juasseh, Negeri Sembilan susulan kejadian bumbung sekolah itu yang runtuh pada 18 Ogos lepas.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata keselamatan pelajar, guru dan seluruh warga sekolah itu tidak boleh dikompromi.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sejumlah RM2 juta diluluskan Kementerian Pendidikan kepada Jabatan Kerja Raya bagi kerja-kerja pembaikan segera di Sekolah Menengah Kebangsaan Juasih,
00:09Negeri Sembilan.
00:10Kelulusan peruntukan itu susulan kejadian bumbung sekolah runtuh pada 18 Ogos lepas.
00:18Menteri Pendidikan Falina Siddiq berkata keselamatan pelajar, guru dan seluruh warga sekolah itu tidak boleh dikompromi.
00:25Menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu, beliau berharap agar seluruh warga SMK Juasih terus berada dalam keadaan sejahtera dan sekolah
00:33itu dapat kembali beroperasi seperti biasa dengan persekitaran yang lebih selamat.
00:37Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada JKR, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan pihak sekolah yang memberikan kerjasama
00:47bagi memastikan kerja-kerja pembaikan dapat dilaksanakan secepat mungkin.
00:51Bumbung makmal sekolah berkenaan dilaporkan runtuh kira-kira 12 tengah hari selasa lepas.
00:56Bagaimanapun tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu.
Comments

Recommended