00:00Robot Humanoid dari China mencipta sejarah apabila berjaya mengatasi rekod dunia 100 meter milik legenda pecut Jamaica, Yusin Bolt.
00:09Robot Humanoid dikenali sebagai Tianzhou, dibangunkan Beijing Innovation Center of Humanoid Robotics, mencatat masa 9.39 saat dalam pelombaan 100
00:20meter pada Sabtu.
00:23Catatan itu mengatasi rekod dunia 9.58 saat yang dilakukan Bolt pada kejohanan dunia olahraga di Berlin pada 2009.
00:32Dalam saingan World Humanoid Robot Games itu, Tianzhou menewaskan dua lagi robot humanoid, masing-masing dari syarikat robotik China, Unitree
00:40dan pengeluar telefon pintar, Honor.
00:42Menariknya, robot humanoid yang dibangunkan Honor turut mencatat masa lebih pantas, iaitu 9.32 saat dalam satu larian ujian.
00:51Bagaimanapun, catatan tersebut adalah daripada larian ujian dan bukan pelombaan rasmi.
00:56Pelombaan berkenaan memperlihatkan perkembangan pesat teknologi robot humanoid China, khususnya dalam aspek mobiliti, kelajuan dan keupayaan pergerakan, banyarupai manusia.
Comments