Skip to playerSkip to main content
  • 12 hours ago
Sekatan dikenakan terhadap Tomoko Akane, hakim dari Jepun yang merupakan Presiden ICC, serta Abdoulaye Seye, peguam kanan perbicaraan dan warganegara Senegal, berdasarkan perintah eks. bagi membolehkan sekatan dikenakan terhadap mahkamah itu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Amerika Syarikat pada selasa mengenakan sekatan terhadap presiden mahkamah jenayah antarabangsa ICC dan seorang peguam kanan perbicaraan di mahkamah itu.
00:09Setiausaha negara Marco Rubio berkata tindakan itu merupakan perkembangan terbaru dalam kempen pentadbiran Trump.
00:17Rubio dalam kenyataan memberitahu sekatan dikenakan terhadap Tomoko Akane, hakim dari Jepun yang merupakan presiden ICC serta Abdullah Yeh Seye,
00:26peguam kanan perbicaraan dan warga negara Senegal berdasarkan perintah eksekutif Trump yang dikeluarkan tahun lalu.
00:34ICC mengecam tindakan berkenaan dan menegaskan dalam satu kenyataan bahawa langkah tersebut menjejaskan kedaulatan undang-undang.
00:42Seye merupakan peguam kanan pasukan penakwaan yang memohon waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu
00:48dan beliau juga telah dicalonkan untuk bertanding dalam pemilihan sebagai hakim ICC.
00:52Akane, hakim kanan ICC memberi amaran pada Desember bahawa sekatan Amerika akan menjejaskan operasi mahkamah dalam semua situasi dan kes
01:00serta mengancam kewujudannya.
01:03Tahun lalu, Amerika mengenakan sekatan bersasar terhadap beberapa pegawai ICC termasuk pendakwa raya dan hakim
01:09dengan memetik waran tangkap ICC terhadap Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Israel, Yof Gallen,
01:16selain siasatan terdahulu terhadap tentera Amerika di Afganistan.
01:23Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended