00:00DAP memutuskan untuk kekal dalam kerajaan,
00:03tetapi persoalannya adakah semua akar umbi benar-benar bersetuju?
00:08Daripada 4,264 perwakilan yang layak hadir,
00:12hanya 2,223 datang mengundi,
00:15hampir separuh memilih untuk tidak hadir.
00:18Seorang perwakilan yang ditemui berkata pengundian itu tidak berbaloi
00:22kerana keputusan untuk kekal dalam kerajaan dilihat sudah ditentukan.
00:26Katanya DAP pernah lebih berkesan ketika menjadi pembangkang.
00:30Kini rakyat di kawasannya berdepan kos sehari hidup dan cabaran berniaga.
00:36Malah seorang perwakilan yang mengundi supaya DAP keluar
00:40berkata banyak janji pilihan raya masih belum ditunaikan.
00:44Katanya agar umbi semakin sukar menjawab persoalan penyokong
00:48tentang apa yang sudah dicapai DAP dalam kerajaan.
00:53Namun tidak semua yang tidak hadir memprotes keputusan itu.
00:57Seorang veteran DAP berusia 85 tahun tidak hadir kerana masalah kesihatan.
01:03Bagaimanapun, beliau mengakui kurang berpuas hati
01:06kerana merasakan pemimpin parti semakin jauh daripada ahli biasa.
01:11Pada masa sama, beliau tetap mahu DAP kekal dalam kerajaan
01:15kerana lebih banyak perkara boleh dilakukan dari dalam.
01:18Setiap seagung DAP, Lok Siufuk pula menolak dawaan kehadiran rendah itu
01:24sebagai bentuk protes.
01:27Katanya ramai perwakilan tidak dapat mengambil cuti untuk menghadiri Kongres.
01:33Namun angka itu tetap menimbulkan persoalan.
01:36Lebih-lebih lagi apabila DAP perlu meyakinkan semula pengundi
01:40yang semakin hilang minat untuk keluar mengundi.
01:42Kerana bagi seorang perwakilan yang ditemui,
01:45masa semakin suntuk.
01:48Untuk menyelesaikan semua masalah yang ada katanya,
01:52ia memerlukan satu keajaiban.
01:55Zahra Alam Yaya Syahir, FMT
Comments