00:00Keputusan PAS menghentikan kerjasama dengan BERSATU dilihat sebagai titik perubahan besar dalam Perikatan Nasional.
00:08Langkah itu diumumkan Presiden PAS Hadi Awang selepas mesyuarat khas jawatan kuasa kerja PAS Pusat yang turut mengambil kira keputusan
00:16majlis syurah.
00:18Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadli Shaari berkata,
00:22Keputusan itu mungkin pahit tetapi perlu demi kepentingan lebih besar termasuk penyatuan umat dan kestabilan politik.
00:30Menurut beliau PAS dan BERSATU tidak lagi boleh berada di bawah gabungan yang sama dan kedudukan kedua-dua parti akan
00:37diurus mengikut perlembagaan serta saluran yang betul.
00:41Fadli turut menjelaskan keputusan itu dibuat bukan atas sentimen tetapi selepas menilai beberapa isu termasuk penolakan BERSATU terhadap kemasukan parti
00:51lain serta konflik di Perlis dan Negeri Sembilan yang menjejaskan kerjasama.
00:55PAS kini mengetua APN dengan Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai pengerusi selepas Mujidin Yassin meletak jawatan susulan kemelut politik sebelum ini.
01:05Kedijah Juno, FMTA
Comments