00:00Sebanyak 1,576 gegaran susulan direkodkan ekoran gempa bumi kuat yang melanda Pulau Flores, Indonesia pada awal pagi Sabtu dengan
00:10angka korban meningkat kepada 68 orang dengan 213 lagi cedera.
00:15Pemangku Ketua Pusat Data Informasi dan Komunikasi Badan Nasional Pengurusan Bencana Bertun Suar Pelita Panjaitan berkata aktiviti seismik itu termasuk
00:26satu gempa susulan bermagnitude 6.2.
00:31Tiga lagi gegaran bermagnitude lebih rendah manakala lebih 1,500 gegaran sama ada dirasai atau tidak dirasai.
00:39Menurut beliau, Pasukan Penyelamat dan Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan Basarnas kekal dalam keadaan siap-siaga di tujuh kabubatan yang
00:50terjejas.
00:51Angka terbaru itu menunjukkan lebih 500 gegaran susulan tambahan direkodkan sejak tiga petang waktu tempatan pada Ahad apabila jumlah yang
00:59dikesan ketika itu ialah 995 menekala angka korban meningkat daripada 57 orang.
01:06Gempa bumi bermagnitude 7.7 melanda pada 4.58 pagi waktu tempatan Sabtu dengan pusat gempa di laut kira-kira
01:1630km Timur Laut Mb di Nagi Kio, wilayah Nusa Tenggara Timur.
01:21Aktiviti itu mencetuskan amaran tsunami yang ditamatkan pihak berkuasa pada jam 7.31 pagi selepas pemerhatian paras laut menunjukkan tiada
01:31lagi peningkatan ketara.
01:32Kerajaan wilayah Nusa Tenggara Timur turut mengisytiharkan tindak balas kecemasan selama 14 hari dari 15 hingga 28 Ogos menekala langkah
01:43kecemasan berasingan turut dilaksanakan di beberapa kabupaten yang terjejas.
01:48Beliau berkata setakat Isnin tiada lagi laporan mengenai penduduk yang hilang di kawasan terjejas walaupun pasukan mencari dan menyelamat masih
01:56dikerah dan meneruskan operasi pencarian.
01:58Beliau berkata bekalan elektrik kepada 99.5% daripada 566,797 pelanggan yang terjejas akibat gempa bumi itu telah dipulihkan
02:10dengan 2,732 pelanggan masih memerlukan tindakan lanjut.
02:16Sementara itu, Berton berkata Kementerian Kesihatan telah menempatkan 2 hospital medan di Manggarai dan Nagikyo selain mengarahkan pasukan pengurusan krisis
02:26kesihatan dan pasukan perubatan kecemasan ke beberapa kawasan terjejas.
02:31Terima kasih telah menonton!
Comments