Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Jumlah penduduk yang terjejas akibat gabungan kesan Taufan Tropika Luis dan Maymay serta monsun barat daya yang sedang melanda Filipina meningkat kepada kira-kira 5.08 juta orang di 10 wilayah.
Transcript
00:00Seterusnya jumlah penduduk yang terjejas akibat gabungan kesan taufan Tropical Luis dan Mei Mei serta monsoon barat daya yang sedang
00:08melanda Filipina meningkat kepada kira-kira 5.08 juta orang di 10 wilayah.
00:16Pegawai penerangan Perjabat Pertahanan Awam OCD Diago Mariano berkata individu yang terjejas itu membabitkan kira-kira 1.45 juta keluarga
00:26dari wilayah Ilokos, Lembah Kagaian, Luzon Tengah, wilayah Bikol, Visayas Barat, Semenanjung Zamboanga, Kalbarzon.
00:34Menurutnya kira-kira 523 pusat pemindahan kini menempatkan kira-kira 7,182 keluarga atau 24,893 orang manakala bantuan yang
00:45disalurkan setakat ini berjumlah kira-kira 734.1 juta peso atau 48.6 juta ringgit.
00:54Jumlah kematian yang sedang disahkan ialah 23 kematian. Terdiri daripada 15 di Banget, masing-masing 3 di Rithal dan Batangas,
01:03selain masing-masing 1 di Lal Union dan Krizon.
01:06Sementara itu 17 orang cedera manakala seorang dilaporkan hilang. Sebanyak 182 rumah musnah sepenuhnya manakala 1,681 lagi rosak sebahagiannya.
Comments

Recommended