Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Presiden Indonesia mengajak rakyat mengenang jasa pejuang kemerdekaan yang berkorban demi mempertahankan kedaulatan negara serta martabat bangsa dalam sambutan Hari Kemerdekaan ke-81.
Transcript
00:00Baik, seterusnya Indonesia menyambut hari kemerdekaan ke-81 pada Isnin dalam suasana penuh patriotik.
00:07Sambutan di Istana Merdeka turut diserikan dengan bacaan proklamasi kemerdekaan 1945 oleh Presiden Prabowo Subianto.
00:16Beliau mengajak hadirin mengenang jasa pahlawan negara yang berkorban demi kemerdekaan Indonesia.
00:22Sambutan itu juga berlangsung dalam suasana hibah apabila hadirin dipimpin Prabowo bertafakur dan berdoa
00:29untuk komuniti yang ditimpa musibah di Sumatera, Nusa Tenggara Timur dan bahagian lain di Indonesia.
00:36Majlis pada Isnin adalah sebahagian daripada siri acara sambutan Hari Kemerdekaan Indonesia ke-81
00:43bertemakan Indonesia berdaulat, adil dan makmur.
00:47Ribuan orang awam menyertai tetamu kenamaan dan duta asing pada sambutan hampir 4 jam itu
00:52ramai yang berpakaian merah putih atau pakaian tradisional
00:56manakala persembahan pentas kebudayaan dan muzik berlangsung sepanjang program.
01:02Sambutan itu turut menampilkan pertunjukan udara yang melibatkan 81 pesawat dan helikopter
01:08daripada Angkatan Bersenjata Nasional Indonesia dan Polis Negara.
01:14Terima kasih.
01:15Terima kasih.
Comments

Recommended