00:00China melancarkan roket guna semula Zhukui-3 pada Rabu sekaligus berjaya mendaratkan peringkat pertama roket itu di darat buat julung
00:09kali.
00:10Roket Zhukui-3Y2 berlepas pada jam 7.35 pagi waktu Beijing dari Zon Perintis Inovasi Angkasa Komersial Dongfeng di barat
00:19laut China.
00:23Peringkat pertama roket itu berjaya kembali dan mendarat seperti yang dirancang dengan keseluruhan misi penerbangan disahkan berjaya.
00:30Pencapaian itu menjadikan Landspace syarikat kedua di China yang berjaya membawa penggalak roket kembali ke bumi dalam keadaan utuh.
00:38Landspace juga menjadi syarikat pertama yang berjaya mendaratkan roket di tanah China.
00:43Bulan lalu, China Aerospace Science and Technology Corporation mencatat kejayaan pertama negara itu memulihkan roket.
00:49Penggalak peringkat pertama roket Long March 10B ketika itu berjaya kembali ke sebuah kapal pemulihan di Laut China Selatan.
00:57Kejayaan terbaru itu menjadikan China negara kedua di dunia selepas Amerika Syarikat yang mampu melaksanakan pemulihan roket di darat dan
01:04laut.
Comments