00:00Jabatan Imigresen Malaysia, GIM akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis dalam menjalankan siasatan kemalangan jalan raya di Jalan Sultan
00:08Ismail pada awal pagi Rabu.
00:09Dalam satu kenyataan pada Rabu, Jabatan Imigresen memaklumkan pihaknya amat dukecita atas kejadian yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta kecederaan kepada
00:19mangsa yang terlibat.
00:23Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Datuk Zakaria Syakban berkata, seluruh warga GIM merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada keluarga mangsa.
00:34Menurut jabatan itu, pihaknya menghormati proses siasatan yang sedang berjalan dan tidak akan membuat sebarang kesimpulan yang boleh mendahului hasil
00:43siasatan pihak berkuasa.
00:44Pada masa sama, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan insiden tersebut diminta tampil membantu siasatan.
00:52GIM juga menggesa orang ramai supaya menghormati privasi keluarga mangsa serta tidak menyebarkan gambar, rakaman video atau maklumat yang belum
01:01disahkan bagi mengelakkan spekulasi dan gangguan terhadap siasatan.
01:06Selain siasatan polis, jabatan berkenaan memaklumkan satu siasatan dalaman turut akan dijalankan bagi meneliti aspek pematuhan prosedur operasi standar atau
01:17SOP dan keselamatan berkaitan pengoperasian kenderaan jabatan.
01:22Jabatan berkenaan sekali lagi mengzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa serta semua pihak yang terkesan akibat kejadian berkenaan.
Comments