00:00Dalam perkembangan sama, Korea Utara mengecam latihan ketenteraan bersama Amerika Syarikat dan Korea Selatan sambil menegaskan akan terus melaksanakan hak
00:08untuk mempertahankan diri.
00:10Menurut laporan media rasmi KCNA, Pyongyang mendakwa tindakan itu perlu bagi menangani ancaman ketenteraan daripada dua negara terbabit.
00:19KCNA turut mengecam latihan Uchi Freedom Shield UFS dengan mendakwa ia meningkatkan ketegangan di semenanjung Korea.
00:27Bagaimanapun, tentera Korea Selatan memaklumkan skala latihan bersama yang dijadualkan itu dijangka dikurangkan, kira-kira separuh.
00:36Langkah itu menyusul arahan Presiden Amerika, Donald Trump, untuk mengurangkan penyertaan Washington secara ketara dalam latihan tahunan berkenaan.
00:44Latihan Uchi Freedom Shield bermula pada Isnin dan dijadualkan berlangsung sehingga minggu depan.
Comments