00:00Seterusnya, sebanyak 524 projek pembinaan bilik darjah tambahan bagi kemasukan murid tahun 1 sesi 2027 dilaksanakan di seluruh negara dengan
00:10nilai keseluruhan RM668 juta.
00:14Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslam berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 517 projek telah menerima surat setuju terima
00:23SST, manakala tiga projek telah disiapkan setakat ini.
00:30Pertama, sistem pembinaan yang digunakan iaitu modular IBS. Itu antara sebab utama.
00:38Yang kedua ialah kerana kecekapan pepergawai JKR sama ada peringkat daerah, peringkat negeri, peringkat pusat yang memastikan supaya segala projek
00:51ini untuk kepentingan rakyat yang mana sekolah akan dibuka pada awal tahun depan.
00:58Maka segalanya hendaklah disiapkan pada tahun ini juga.
01:02Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan perdana projek siap mendahului jadual oleh Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu kepada Kementerian Pendidikan
01:11yang disempurnakan Menteri Pendidikan Fadina Siddiq di Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Jembal Kuala Nerus pada Isnin.
01:18Sementara itu, Ahmad berkata sebanyak 14 projek pembangunan aset pendidikan di Terengganu berjaya disiapkan mendahului jadual.
01:26Katanya kesemua projek melibatkan kos kontrak berjumlah RM34 juta disiapkan dengan rekod kumulatif selama 986 hari daripada jadual asal.
01:36Menurut beliau, pelaksanaan projek itu adalah antara usaha menyediakan kemudahan bilik dan jatambahan bagi menghadapi pertambahan murid tahun 1 selain
01:46memastikan sekolah mempunyai ruang pembelajaran mencukupi menjelang sesi persekolahan 2027.
01:51Terima kasih telah menonton!
Comments