Skip to playerSkip to main content
Empat lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Batu Pahat, pada Isnin atas tuduhan membunuh seorang ahli perniagaan sebelum mayatnya ditemukan terapung dalam jaring di sungai, awal bulan ini.

Keempat-empat tertuduh ialah Yogesvaran Subramaniam, 40; Lim Yong Ming, 26; Achuthan Nagarajan, 32, dan How Han Wei, 33.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792337/berita/semasa/mayat-dililit-jaring-empat-lelaki-didakwa-bunuh-ahli-perniagaan

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah
Transcript
00:00Empat lelaki dihadapkan ke Mahkamah Magistret Batu Pahat pada Isnin
00:04atas tuduhan membunuh seorang ahli perniagaan
00:07sebelum mayatnya ditemukan terapung dalam jaring di sungai awal bulan ini.
00:12Keempat-empat tertuduh ialah Yogeshwaran Subramaniam, 40 tahun,
00:16Lim Yongming, 26 tahun, Acutan Nagarajan, 32 tahun dan Hao Hanwei, 33 tahun.
00:23Semua tertuduh hanya mengangguk sebaik pertuduhan dikemukakan terhadap mereka
00:28di hadapan Magistret Mustaqim Soekarno.
00:30Namun, tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh
00:34memandangkan kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
00:38Mengikut pertuduhan, mereka bersama-sama didakwa membunuh Lo Kaisian, 39 tahun,
00:44di hadapan kedai makan di Jalan Emas Putih, Taman Sri Skudai, Johor Bahru,
00:48sehingga di Sungai Tanjung Sembrong, Parit Laja.
00:52Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanon Keseksaan
00:56yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanon Sama.
00:59Pihak pendakwaan memohon mahkabah menetapkan tarikh baru
01:02sementara menunggu laporan bedah siasat, DNA, forensik CCTV dan telefon.
01:09Tiada ikat jamin ditawarkan terhadap kesemua tertuduh
01:12dan kes disebut semula pada 14 Oktober depan.
01:15sub indo by broth3rmax
01:22sub indo by broth3rmax
01:24sub indo by broth3rmax
Comments

Recommended