- 6 hours ago
Ekonomi Malaysia berkembang 6.0% pada suku kedua 2026, mengatasi pertumbuhan suku sebelumnya. Namun persoalan utama kini ialah sama ada momentum ini mampu dikekalkan di tengah ketidaktentuan global, kebergantungan kepada sektor E&E dan cabaran kos sara hidup rakyat.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Malaysia mencatat pertumbuhan KDNK sebanyak 6% pada suku ke-2 2026, lebih tinggi daripada 5.4% pada suku
00:09pertama, dipacu oleh permintaan domestik yang kekal kukuh, pertumbuhan ekspor, sektor E&E, ICT serta peningkatan pengeluaran LNG.
00:17Bagi mula selanjut, kita bersama Dr. Mohd Abzan Izzam Abdul Rashid, Ketua Ekonomi Bank Mohd Malad Malaysia Berhad. Terima kasih
00:24Dr. melihat kepada prestasi KDNK yang berkembang 6% pada suku ke-2.
00:30Pertanyaan pentingnya ialah sejauh mana pertumbuhan ini benar-benar mencerminkan pengukuhan asas ekonomi negara? Adakah kita sedang melihat pertumbuhan yang
00:38lebih berkualiti, mampan atau ia masih banyak bergantung kepada faktor luaran seperti permintaan E&E dan juga kitaran perdagangan global?
00:48Baik Inat, saya rasa itu soalan yang fair question kerana kita melihat suatu lonjakan yang tinggi pada pertumbuhan ekonomi suku
00:56ke-2 iaitu 6% dan sekiranya kita menelusuri data-data yang ditunjukkan pertumbuhan ekspor bersih memang mencatatkan suatu lonjakan
01:06yang tinggi Inat, 168.5% pada suku ke-2 yang lalu.
01:12Justru ini menunjukkan bahawa ekonomi Malaysia ini sangat mendapat manfaat yang positif hasil daripada perkembangan berkenaan dengan artificial intelligence,
01:25apa ini permintaan terhadap barangan berkait rapat tentang semiconductor yang mana kalau kita melihat struktur ataupun pecahan ekspor berkenaan dengan
01:37elektrik dan elektronik ini
01:40menghampiri 50% peratusannya itu. Justru permintaan terhadap sektor berkaitan teknologi ini memang memberi kesan yang utama kepada pertumbuhan ekonomi
01:51Malaysia pada suku ke-2 dan juga
01:52berkenaan dengan permintaan barangan komoditi seperti LNG, Requefied Natural Gas yang juga menunjukkan satu lonjakan yang tinggi. Justru ada unsuk
02:04END, ada unsuk komoditi yang kedua-duanya banyak membantu dalam pertumbuhan ekonomi pada suku ke-2.
02:10Namun pada masa yang sama juga, dari segi permintaan domestik memang benar dia kekal stabil. Sedikit perlahan 5.1%
02:19pada suku ke-2 berbanding 5.2% pada suku yang pertama.
02:23Namun kalau kita melihat pertumbuhan dalam perbelanjaan penggunaan swasta ataupun consumer spending itu masih lagi di bawah paras trend level
02:33iaitu 6%.
02:34Yang mana buat masa ini pertumbuhan perbelanjaan penggunaan swasta ataupun perbelanjaan isi rumah itu bertumbuh pada kadar 4.8%
02:42pada suku ke-2.
02:43Dan ditambah pula dengan kadar pertumbuhan yang perlahan dalam private investment ataupun pelaburan swasta di paras 4.3%.
02:53Dan kalau kita lihat lagi pertumbuhan dalam perbelanjaan perkenaan dengan kerajaan ataupun government spending merupakan juga satu unsuk utama
03:03yang memacu pertumbuhan di dalam permintaan domestik. Justru ada dua faktor utama, kestabilan dalam perbelanjaan swasta dan kemudian
03:12peningkatan dalam pererajaan yang membuat unsur-unsur penting di dalam permintaan domestik dan dibantu pula oleh lonjakan yang tinggi
03:22di dalam permintaan luaran. Justru inilah dinamika yang kita saksikan dalam angka-angka pertumbuhan KDNK pada suku ke-2 yang
03:31lalu.
03:31Ini adalah sebagian besar pecahan untuk angka atau data KDNK pada kali ini dan BNM juga teruk menyatakan bahawa
03:40sektor pembuatan dipacu oleh permintaan kukuh terhadap produk E&E berkaitan AI.
03:45Namun apabila satu sektor menjadi pemacu utama pertumbuhan, adakah wujud risiko kebergantungan yang berlebihan
03:51dan seorang mana Malaysia berjaya mempelbagaikan sumber pertumbuhan ekonominya?
03:57Okey. Itu sememanya suatu risiko yang saya kira memang di bawah perhatian para pembuat dasar.
04:05Di sini pentingnya mengapa permintaan domestik itu perlu diurus dengan baik.
04:10Dan di sini saya melihat peranan kerajaan dalam menstabilkan permintaan domestik itu sangat-sangat instrumental.
04:17Dan perkara ini amat berkait rapat tentang berkenaan dasar-dasar berkait rapat dengan subsidi bahan api sebagai contoh.
04:24Kerana kita tahu pada sepanjang tahun yang pertama ini isu perang di Iran kemudiannya peningkatan dalam harga bahan api
04:31dan kemudian memberi kesan kepada peruntukan subsidi itu merupakan isu-isu utama yang berkait rapat tentang permintaan domestik
04:39yang telah pun diuruskan dalam kadar yang baiklah dan menghasilkan satu kestabilan dalam permintaan domestik.
04:46Saya kira itu satu perkara yang kita dapat lihat macam mana keperbagian ekonomi itu dapat diwujudkan
04:54supaya kebergantungan dalam satu-satu setu dapat dikurangkan.
04:58Dan kalau dari segi sektor yang lain pula kita dapat lihat sektor berkait rapat tentang komoditi.
05:03Kita tahu kita mempunyai pemerintah utama dalam sektor perladangan seperti kelapa sawit dan kemudian sektor minyak dan gas berkenaan LNG.
05:11Itu juga banyak membantu dalam memberi kesan kepada pertumbuhan dalam permintaan domestik
05:19dan pengakhirnya dapat menghasilkan satu offset kepada kelembapan ataupun risiko kelembapan ekonomi global.
05:27Dan itu adalah antara prosesi ataupun bagaimana pergerakan yang dapat kita lihat daripada sektor E&E dan pembuatan terutamanya.
05:35Melihat juga kepada sektor ICT dan operasi pusat data menjadi antara penyumbang utama kepada pertumbuhan perkhidmatan
05:42namun terdapat perdebatan tentang sejauh mana limpahan ekonominya dirasai rakyat dan juga PKS tempatan.
05:48Adakah pertumbuhan yang dipacu data center ini benar-benar inklusif atau manfaatnya masih tertumpu kepada kumpulan tertentu, doktor?
05:58Kalau kita melihat pelaburan dalam data center, dia sebenarnya ada memberi kesan limpahan kepada sektor yang lain
06:05terutamanya dari segi permintaan tenaga.
06:08Dan kita dapat lihat bagaimana permintaan tenaga itu meningkat pada kadar 7% pada suku pertama yang lalu.
06:15Dan bila bercakap dengan permintaan tenaga, sudah pasti dinamika berkenaan energy mix merupakan suatu persoalan yang penting juga.
06:22Maksudnya kita mahukan energy mix itu juga disumbang oleh renewable energy ataupun tenaga yang boleh diperbarui.
06:32Dan itu juga satu perkara yang sedang berlaku yang mana kita dapat lihat beberapa pemain dalam data center ini
06:38juga sedang menggalakkan penggunaan daripada solar untuk memberi satu tenaga kepada data center mereka
06:47dan ini seharusnya akan dapat menekatkan permintaan terhadap tenaga yang boleh diperbarui ataupun renewable energy.
06:53Itu satu kesan yang boleh dikatakan positif.
06:56Kemudian dari segi pelaburan dalam infrastruktur bercakap tentang berkenaan dengan infrastruktur air dan sebagainya
07:06itu juga satu perkara yang saya kira satu kesan limpahan yang perlu diambil kira
07:11kerana untuk memastikan kelestarian data center ini, infrastruktur ini perlu dijamin supaya kekal boleh beroperasi 100%.
07:21Jadi maksudnya itu menunjukkan signal, isyarat kepada kerajaan bahawa pelaburan terhadap infrastruktur juga tidak boleh dikesatikan.
07:28Jadi saya melihat dari sisi yang positif dari segi berkenaan dengan kesan limpahan data center ini.
07:35Selain itu juga, perbelanjaan isi rumah kekal menjadi tunjang utama ekonomi doktor.
07:40Namun rakyat juga berdepan kos sehari hidup yang meningkat rasionalisasi subsidi dan ketidaktentuan global.
07:46Adakah penggunaan domestik masih mampu menjadi bentik utama ekonomi Malaysia,
07:50terutamanya pada separuh kedua tahun ini?
07:54Seperti yang saya sebutkan tadi, dasar kerajaan dalam berkenaan dengan subsidi bayaran pindahan
07:59banyak membantu dalam memberikan bantuan kepada rakyat.
08:04Dan ini dapat dilihat dari segi kestabilan di dalam perbelanjaan swasta ataupun consumer spending.
08:10Namun seperti yang saya sebutkan tadi, momentumnya itu di bawah trend.
08:16Kalau kita lihat pada suku yang kedua iaitu pertumbuhan sebanyak 48% itu dilihat di bawah kadar 6%.
08:23Justru ini menunjukkan bahawa isu-isu berkait rapat tentang kos sehari hidup sangat menekan peranan
08:29dalam mencorak pola perbelanjaan rakyat.
08:31Dan kalau kita lihat pertumbuhan di dalam pendapatan benar ataupun real wage
08:38bertumbuh pada kadar sekitar 2.2% pada suku kedua berbanding 2.4% pada suku yang sebelumnya.
08:44Maksudnya pertumbuhan dalam perbelanjaan yang upah benar ataupun real wage itu
08:50berada dalam pertumbuhan yang agak flat.
08:53Jadi itu kenapa mungkin menerangkan bagaimana pola perbelanjaan itu agak tidak begitu menuju ke arah trendnya
09:01kerana kebanyakannya rakyat dalam fasa orang kata itu berhati-hati dalam membelanjakan pendapatan mereka.
09:09Meskipun mereka berada dalam keadaan mempunyai pekerjaan, mempunyai pendapatan
09:13dan pasan buruh dikatakan berada dalam guna tenaga penuh.
09:17Justru saya kira itulah antara faktor yang mencorak iaitu berkenaan kos sehari hidup
09:22yang masih lagi kekal tinggi buat masa ini.
09:25Dan adakah kita selepas ini akan melihat tanda-tanda pengguna mula lebih berhati-hati
09:29dalam corak perbelanjaan mereka?
09:32Selepas ini, itu yang kita akan terus saksikan dan situasi atau fenomena
09:39pertumbuhan consumer spending yang di bawah 6% ini telah pun berlangsung
09:43dalam beberapa suku yang sebelum ini.
09:46Jadi, dinamika ini saya kira menjadi satu intipati utama macam mana dasar itu akan digembelingkan.
09:55Terutamanya kalau dalam kes dasar monetary, kenapa saya melihat bank negara
10:00masih mengekalkan kadar dasar semalaman mungkin mengambil maklum tentang perkembangan
10:07berkenaan trend perbelanjaan penggunaan swasta yang maknanya ianya tidaklah
10:12menjadikan satu kebimbangan untuk menaikkan OPR tetapi ia sepatutnya mengekalkannya.
10:17Dan pada masa yang sama juga, kadar inflasi juga dilihat kekal stabil iaitu sekitar
10:211.9% pada suku kedua walaupun sedikit meningkat 1.6% kerana kita dapat melihat
10:26dan dinamika sekali lagi dinamika dalam sektor perniagaan yang mana walaupun
10:32perniagaan mengalami kenaikan kos tetapi bagaimana mereka memindahkan
10:36kenaikan kos itu dalam bentuk harga, tidak semuanya membuat keputusan
10:40sedemikian rupa. Ada yang mahu mengekalkan harga semasa demi menjaga pelanggan
10:45dan sanggup mengorbankan sedikit sebagian daripada majin keuntungan jenis.
10:49Jadi, itu antara dinamika yang sedang kita saksikan dan saya kira sesuatu yang
10:53boleh katakan agak sihat dan membantu dalam mencorak pertumbuhan ekonomi
10:56kita pada masa akan datang nanti.
10:59Dan di sebalik proses yang beransangkan setelah-setelah yang telah kita bincangkan
11:04doktor, melihat juga kepada sektor utama, sektor yang menjadi keutamaan negara
11:10juga di mana pertanian yang telah merekodkan pengucupan 3.7% pada suku kedua
11:16adakah masalah ini bersifat sementara atau ia sebenarnya mencerminkan
11:20cabaran struktur yang lebih besar seperti produktiviti rendah, kekurangan tenaga kerja
11:26dan juga isu keselamatan makanan negara?
11:30Betul. Sebenarnya ada beberapa faktor yang perlu diperhatikan kalau kita
11:34lihat sumbangan terbesar dalam sektor pertanyaan adalah berkenaan dengan
11:39perladangan dan kita dapat lihat sektor perladangan ini dari segi yield
11:43ataupun hasilnya itu sebenarnya semakin merosot dan menunjukkan bahawa
11:47terdapatnya pokok-pokok kelapa sawit yang perlu ditanam semula lah kerana
11:52usianya yang telah lanjut maka yield ataupun hasilnya semakin
11:56berkurang. Itu selalu pemasaran struktur yang sedang dihadapi dan
11:59memberi kesan kepada produktiviti ataupun pengeluaran dalam sektor tersebut.
12:03Kedua dari segi sektor agromakanan yang saya kira walaupun sederhana banyak
12:08usaha untuk meningkatkannya hasil dan tanaman itu dan mahu mengurangkan
12:13kebergantungan negara terhadap sumber luar. Namun saya kira usaha ini masih perlu
12:18lagi di diperkasakan, perlu dipertingkatkan lagi kerana kita dapat
12:22lihat dari segi imbangan defisit dalam sektor agromakanan ini masih
12:28lagi dalam jajaran yang besar. Justru maksudnya perlu ada usaha untuk
12:34meningkatkan hasil dan mungkin juga apa yang perlu dipertekankan adalah
12:37bagaimana penggunaan teknologi dapat digunapakan secara menyuruh dalam
12:42sektor agromakanan supaya ianya dapat meningkatkan hasil tanaman agromakanan ini.
12:49Suka kedua menyaksikan ketegangan Asia Barat dengan ketidaktentuan
12:53kepedagangan global juga ya Doktor. Namun ekonomi Malaysia masih berkembang
12:57lebih kukuh daripada jangkaan. Adakah ini menunjukkan ekonomi negara
13:02kini lebih berdaya tahan iaitu strategi yang kita guna sekarang adalah
13:05sesuai dan boleh diteruskan lagi dalam tempoh jangka panjang ataupun
13:09kesan sebenar risiko global masih belum dirasai sepenuhnya ataupun lambat lagi
13:13untuk kita rasai. Bantu kami faham mengenai perkara ini Doktor.
13:18Terutamanya saya melihat satu dari segi struktur ekonomi negara kerana
13:22seperti sebagai contoh produk berkenaan dengan E&E. Kita dalam produk E&E ini
13:28bukanlah dalam produk-produk yang asas telahpun kita menceburi dalam bidang
13:33apa yang dikatakan sebagai advance manufacturing. Justru itu juga menunjukkan
13:36bahawa apabila kita berada dalam rantai perniagaan yang berskala ataupun
13:42mempunyai daya nilai tambahan yang tinggi maka sukar untuk para pelanggan
13:47untuk menukar vendor mereka. Jadi itu memberikan kelebihan kepada setor E&E yang
13:52kita ada buat masa sekarang. Kemudian dari segi dasar juga saya kira dasar yang
13:57pragmatiklah berkenaan dengan kerajaan macam mana mereka menghadapi situasi
14:01kejutan akibat daripada kenaikan harga minyak mentah. Ramai yang kata mungkin
14:07sepatutnya harga minyak mentah itu diapungkanlah dan sebagainya. Benar itu
14:11suatu keadaan yang ideal tapi kerajaan tidak mengambil keputusan tersebut. Malah
14:16mengambil keputusan apa pendekatan yang lebih berhati-hati perlahan-lahan dan
14:21menggunakan teknologi seperti MyCard. Dan pengakhiran ini dapat menstabilkan
14:25harga-harga bahan api dan juga membantu dalam mengekang kenaikan kadar
14:30inflasi dalam secara keadaan yang terkawal. Justru itu antara gabungan
14:36bagaimana ia menerangkan kenapa ekonomi Malaysia ini berada dalam keadaan
14:40yang lebih baik daripada apa yang kita jangkakan. Kerana 6% itu Nina
14:46sememanya dah melebihi sasaran kerajaan sekitar 4%-5%. Tapi saya melihat
14:52biaya negara masih lagi mahu mengekalkan pertumbuhan kunjuran tersebut.
14:56Ini menunjukkan pendekatan yang konservatif juga membantulah dalam
14:59bagaimana semua-semua itu dapat digunakan dan pengakhiran mencapai
15:04satu pertumbuhan yang baik yang dapat kita saksikan pada masa ini.
15:08Ini menunjukkan jelas mencerminkan bahawa ekonomi negara
15:12ataupun kedudukannya berada masih berada di landasan yang kukuh dan tepat
15:17walaupun kita berada di gelombang pelbagai ketidaktentuan dari pingkat
15:20domestik hinggalah di antarabangsa dan BNM juga menjangkakan pertumbuhan
15:25keseluruhan 2026 berpotensi menghampiri 5%. Dalam konteks persaingan
15:30serantau ketika ini dengan peningkatan produktiviti, AI, pelaburan dan juga
15:34agenda ekonomi madani, adakah kadar pertumbuhan sekitar 5% sudah
15:39mencukupi doktor atau Malaysia memerlukan model pertumbuhan baharu
15:43untuk melonjak ke tahap seterusnya?
15:47Bagi saya pertumbuhan antara 4.5% sehingga 5% itu adalah satu
15:53pertumbuhan di dalam kerangka pertumbuhan potensi atau potential
15:58growth bagi ekonomi Malaysia dan apabila pertumbuhan ekonomi itu
16:02telahpun melebih potensi sudah pasti ia menunjukkan bahawa pertumbuhan
16:05itu agak tinggi dan kerisauan yang seterusnya adakah dia menghasilkan
16:09suatu bentuk kadar inflasi yang tinggi tapi itu tidak berlaku. Justru saya
16:15melihat strategi pertumbuhan ekonomi negara ini berada dalam
16:18keadaan yang baik. Justru apa yang paling penting adalah bagaimana untuk
16:21meneruskan agenda-agenda reformasi ekonomi yang perlu diteruskan
16:25reformasi institusi yang sepatutnya penting daripada segi meningkatkan
16:29confidence ataupun keyakinan para pelabur, para peniaga dan juga
16:33rakyat Malaysia umumnya. Jadi itu momentum reformasi ekonomi dan
16:38institusi itu perlu dilaksanakan supaya pertumbuhan ekonomi yang
16:42lebih berkualiti akan terus dapat dicapai pada masa akan datang nanti.
Comments