00:00Beberapa penambahbaikan pelaksanaan sistem subsidi diesel bersasar sedang diteliti dan bakal diumumkan kerajaan dalam tempoh 1 hingga 2 bulan lagi.
00:09Menurut Menteri Keuangan 2, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, langkah penambahbaikan itu merangkumi penyedahanaan proses permohonan,
00:16kelonggaran kriteria kelayakan bagi isu kenderaan sambung bayar dan pemindahan kuota kepada ahli keluarga yang terdekat.
00:24Jelasnya kerajaan masih mengkaji beberapa cadangan penambahbaikan. Ia kemudian akan menyusul dengan pengumuman dalam tempoh 1 bulan atau 2 bulan
00:32berhubung proses kelayakan.
00:34Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri sesi libat urus belanjawan 2017 bersama dengan pemain industri di Tawau pada
00:42Ahad.
00:42Amir Hamzah berkata penyediaan belanjawan 2017 akan memastikan pelaksanaan subsidi diesel bersasar dapat disalurkan kepada rakyat secara lebih berkesan dan
00:52menyeluruh.
00:53Beliau berkata pendekatan itu sejajar dengan hasrat kerajaan bagi memastikan setiap peruntukan yang dikeluarkan memberi impak nyata
01:00serta menyelesaikan isu beban kos sari hidup pada peringkat akar umbi.
01:04Mengulas pelaksanaannya di Sabah, Amir Hamzah berkata kira-kira 120,000 pemilik kenderaan jenis pick-up dan jeep
01:10di negeri itu dikenalpasti layak untuk memohon kuota subsidi diesel melebihi 300 liter.
01:17Beliau berkata setakat ini hanya kira-kira 49,000 pemilik kenderaan yang layak telah mendaftar dan memukakan permohonan.
01:24Amir Hamzah berkata bagi membantu golongan yang kurang celik teknologi,
01:27Kementerian Kewangan menjalin kerjasama dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri LHDN,
01:32Pusat Transformasi Bandar UTC dan Syarikat Minyak untuk memberi bimbingan permohonan secara terus di kaunter serta stesen minyak.
Comments