Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan terus memperkukuh transformasi pendidikan awal Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) melalui gabungan pembentukan nilai agama dan penguasaan teknologi, selaras dengan keperluan generasi masa hadapan.
Transcript
00:00Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah KKW akan terus memperkukuh transformasi pendidikan awal Jabatan Kemajuan Masyarakat KEMAS
00:06melalui gabungan pembentukan nilai agama dan penguasaan teknologi selaras dengan keperluan generasi masa hadapan.
00:13Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zaid Hamidi berkata,
00:16perubahan ekosistem pendidikan negara termasuk penurunan umur permulaan persekolahan daripada 7 kepada 6 tahun
00:22menjadikan pendidikan awal melalui Taman Bimbingan Kanak-Kanak Tabika dan Taman Asuhan Kanak-Kanak Taska semakin penting.
00:31Beliau yang juga Menteri KKW mahu pendidikan KEMAS bergerak seiring dengan perkembangan teknologi
00:37termasuk melalui peluasan pelaksanaan Smart Class dan penggunaan Smart Board di Tabika KEMAS.
00:42Katanya selepas 6 dekad berkhidmat kepada masyarakat, KEMAS perlu masuki FASTA Baharu dan terus berevolusi
00:49mengikut perubahan zaman tanpa meninggalkan asas pembentukan insan.
00:53Ahmad Zaid berkata, kerjasama antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undang
00:59dan Ahli Dewan Undang perlu terus diperkokoh bagi membantu menyediakan kemudahan teknologi.
01:05Dalam memperkasa pendidikan berteraskan agama pula, Ahmad Zaid turut mencadangkan supaya program
01:10Hafazan di Tabika KEMAS diperluaskan mulai tahun hadapan.
01:15Katanya, selain Hafazan Surah dalam Juzud 30, kanak-kanak KEMAS akan turut dibimbing
01:19menghafaz antaranya Surah Yassin, Al-Wakiyah, Al-Mulk dan As-Sacadah.
01:25Beliau juga mahu Guru KEMAS terlebih dahulu menguasai Hafazan berkenaan
01:28bagi mastikan pelaksanaannya dapat dilakukan secara tersusun dan berkesan.
Comments

Recommended