00:00Agensi Pengawasan Maritim Malaysia Maritim Kelantan menggagalkan dua cubaan kemasukan pendatang
00:05membabitkan 20 warga India, Sri Lanka, Indonesia dan Myanmar di sekitar Sungai Kelantan pada 12 dan 14 Ogos.
00:12Pengarah Maritim Kelantan, Kapten Maritim Kamal Mohamad berkata,
00:16kedua-dua operasi itu dijalankan selepas pihaknya menerima maklumat risikan berhubung aktiviti penyelurupan migran melalui laluan tidak diwartakan.
00:25Beliau berkata, bot ronda maritim Malaysia yang menjalankan rondaan menerusi Ops Naga, Ops Damai, Ops Pelantar Merah dan Ops Tiris
00:32mengesan bot laju dalam keadaan bergelap dan mencurigakan di perairan Kuala Besar pada awal pagi kedua-dua kejadian.
00:39Bagaimanapun, kedua-dua bot berkenaan berjaya meloloskan diri dengan memasuki laluan sungai yang sempit dan cetek.
00:45Selain keadaan gelap, menyukarkan bot ronda untuk merapat.
00:48Pasukan operasi darat maritim kemudian digerakkan ke tebing sungai Kelantan bagi memintas pergerakan kumpulan berkenaan.
00:56Kamal berkata operasi pertama pada 12 Ogos membawa kepada penahanan tiga lelaki warga India dan seorang lelaki warga Sri Lanka
01:03berusia 35 hingga 48 tahun di tebing sungai Kelantan, Kota Baru.
01:07Manakala operasi kedua pada 14 Ogos berhampiran Tendong Pasir Mas menahan 16 individu terdiri daripada 8 warga Indonesia dan 8
01:17warga Myanmar berusia 23 hingga 50 tahun.
01:21Beliau berkata pemeriksaan mendapati 3 daripada 4 individu yang ditahan pada operasi pertama memiliki pasport tetapi gagal mengemukakan rekod perjalanan
01:30sah manakala seorang lagi tidak mempunyai dokumen perjalanan.
01:33Bagi kumpulan kedua, 10 individu memiliki pasport tetapi gagal mengemukakan rekod perjalanan sah manakala 6 lagi tidak mempunyai dokumen pengenalan
01:42diri.
01:43Kesemua 20 individu terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Kelantan untuk proses dokumentasi dan siasatan lanjut.
Comments