Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Projek bangunan baharu Jabatan Pesakit Luar (JPL) Hospital Tambunan yang terbengkalai sejak sembilan tahun lepas bakal dihidupkan semula bagi meningkatkan keselesaan pesakit dan warga kerja hospital berkenaan.
Transcript
00:00Projek bangunan baharu Jabatan Pesakit Luar JPL Hospital Tambunan yang terbengkalai sejak 9 tahun lepas
00:07bakal dihidupkan semula bagi meningkatkan keselesaan pesakit dan warga kerja hospital berkenaan.
00:12Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Zulkifli Ahmad memberitahu,
00:15usaha ini penting memandangkan pesakit dan warga kerja hospital itu terpaksa berhimpit dan bersesat setiap hari akibat masalah berkenaan.
00:25Beliau berkata keadaan itu antara perkara paling meruntun hatinya ketika mengadakan lawatan kerja ke hospital tersebut pada ahad.
00:33Katanya projek sakit itu akan dihidupkan semula dan beliau akan memastikan ia disiapkan demi keselesaan dan hak warga tambunan.
00:42Beroperasi sejak 16 September 1977, Hospital Tambunan merupakan hospital tanpa pakar di bawah klas terkeningau dengan kapasiti 49 katil.
00:51Hospital itu menjadi nadi penjagaan kesihatan utama bagi kira-kira 43,400 penduduk di kawasan berkenaan.
01:00Ia menjadikan perkhidmatan komprehensif termasuk rawatan kecemasan dan trauma 24 jam serta perkhidmatan pesakit luar dan dalam.
01:08Sementara itu, Zulkifli turut mengumumkan peruntukan segera sebanyak RM988,000 bagi menangani keperluan mendesak di hospital berkenaan
01:17dengan sebagian besar dana itu disalurkan untuk menaik taraf jabatan kecemasan.
01:21Katanya, RM185,000 daripada peruntukan itu akan digunakan untuk membaiki bangunan kantin yang rosak teruk bagi menjadikan kemudahan tempat makan
01:30yang sesuai.
01:32Manakala, baki dana selebihnya disalurkan bagi pembelian peralatan perubatan dan kemudahan lain yang diperlukan.
01:38Zulkifli turut mengucapkan terima kasih kepada Ahli Parlimen Keringau, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Adun Tambunan,
01:45Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan atas sembangan sebuah katil hidrolik dan sebuah mesin ultrasound untuk kegunaan hospital.
01:53Jelasnya, ini adalah tambahan kepada enam katil hidrolik dan sebuah unit mesin ultrasound yang telah diluluskan juga untuk hospital tambunan.
02:02Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended